Keperluan kegunaan dan kepuasan portal berita dalam kalangan belia Bugis di Tawau Sabah

Mohd Saffwan Ajat (2022) Keperluan kegunaan dan kepuasan portal berita dalam kalangan belia Bugis di Tawau Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (656kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penyelidikan yang dilakukan terhadap portal berita dalam kalangan remaja di Tawau, Sabah merupakan sesuatu yang unik untuk dikaji memandangkan industri berita dalam talian yang kian berkembang. Kajian ini memperlihatkan pola kegunaan dan kepuasan berita dalam talian daripada survei ke atas 300 orang belia Bugis di Tawau Sabah yang merujuk kepada Teori Kegunaan dan Kepuasan (U&G). Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pembacaan berita dalam talian ddalam kalangan belia Bugis adalah sangat sederhana keperluan kognitif dan keperluan penyepaduan sosial merupakan keperluan utama penggunaan portal berita dalam kalangan belia Bugis daerah Tawau. Data penyelidikan juga menunjukkan belia Bugis kerap menggunakan portal berita untuk tujuan pencarian maklumat dan mengisi masa lapang. Manakala, kepuasan yang paling tinggi diperoleh remaja ini adalah mudah, interaktiviti dan komunikasi berterusan. Kajian mendapati bahawa dalam fenomena kaya media pada hari ini, portal berita sentiasa memainkan peranan penting dan diterima dengan baik dalam kalangan belia Bugis daerah Tawau.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Keperluan , Kegunaan , Kepuasan , Belia , Portal berita
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Apr 2023 15:09
Last Modified: 14 Apr 2023 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35373

Actions (login required)

View Item View Item