Nor Atiqah Sukri (2022) Sejarah bunga emas dan kedatangan Islam ke Kedah: kajian perbandingan terhadapat-tarikh salasilah negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa. MANU, 33. pp. 21-44. ISSN 2590-4086
Text
Abstract.pdf Download (38kB) |
|
Text
Full text.pdf Restricted to Registered users only Download (389kB) |
Abstract
Sumber memainkan peranan yang amat signifikan dalam menilai keobjektifan sesebuah peristiwa sejarah. Walau bagaimanapun ada peristiwa yang mempunyai garapan berbeza dalam sesebuah sumber meskipun sumber tersebut merupakan sumber yang terutama. Makalah ini bertujuan menganalisis dua sumber utama dalam Historiografi Negeri Kedah, iaitu At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa dengan memfokuskan kajian kepada dua peristiwa yang terpilih iaitu Sejarah Bunga Emas dan kedatangan Islam di Kedah. Metodologi kajian yang digunakan dalam makalah ini ialah analisis tekstual dan kajian kepustakaan. Ia didahului dengan perbincangan secara sepintas lalu berkenaan kajian-kajian lepas, metodologi kajian dan latar belakang kedua-dua buah naskhah. Seterusnya, perbincangan difokuskan kepada dua peristiwa terpilih, iaitu berkenaan dengan Sejarah Bunga Emas dan kedatangan serta aktiviti perkembangan ajaran Islam di negeri Kedah. Kajian ini dapat mengetengahkan sumber yang lebih berautoriti dalam kajian Historiografi Negeri Kedah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Sejarah Kedah , At-Tarikh Salasilah , Hikayat Merong Mahawangsa , Sejarah Bunga Ema s, kedatangan Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP188-190 Islamic religious life D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 Apr 2023 15:24 |
Last Modified: | 17 Apr 2023 15:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35378 |
Actions (login required)
View Item |