Sokongan berkaitan kerja dan prestasi kerja: analisis kajian literatur

Abdul Rahman Amir and Noor Syakirah Zakaria (2022) Sokongan berkaitan kerja dan prestasi kerja: analisis kajian literatur. Jurnal Kinabalu, 28. pp. 1-19. ISSN 2600-867X

[img] Text
Abstract.pdf

Download (36kB)
[img] Text
Full text.pdf
Restricted to Registered users only

Download (379kB) | Request a copy

Abstract

Kajian lepas berkenaan dengan sokongan berkaitan kerja di organisasi telah mendapat perhatian khusus bukan sahaja daripada ahli akademik, malah turut menerima respons yang positif daripada pengamal dalam organisasi. Dapatan kajian lepas telah membuktikan secara empirikal berkenaan dengan sokongan berkaitan kerja yang mampu mempengaruhi prestasi kerja dan kelangsungan sesebuah organisasi. Sokongan berkaitan kerja dapat difahami sebagai satu persepsi berkenaan dengan sikap yang saling menjaga dan membantu antara satu sama lain, sama ada dari segi pengawasan, bantuan kewangan, nasihat dan rasa kepunyaan dalam organisasi. Berdasarkan pemerhatian terhadap kajian lepas, sokongan berkaitan dengan kerja boleh dikategorikan kepada tiga kategori utama, iaitu sokongan penyelia, sokongan rakan kerja dan sokongan organisasi. Walau bagaimanapun, kajian lepas hanya membincangkan ketiga-tiga elemen sokongan ini secara berasingan sedangkan ketiga-tiga sokongan ini perlu dibincangkan secara integrasi kerana saling berkaitan serta melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, artikel ini membincangkan tentang sokongan berkaitan kerja bersandarkan penelitian kajian-kajian lepas khususnya berkaitan dengan penelitian kajian lepas mendapati bahawa terdapat tiga elemen sokongan berkaitan kerja, iaitu sokongan penyelia, sokongan rakan sekerja dan sokongan organisasi adalah diperlukan untuk memastikan prestasi kerja menjadi lebih baik dan produktiviti terus meningkat. Selain itu, artikel ini juga membincangkan kajian akan datang yang boleh dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji akan datang.

Item Type: Article
Keyword: Sokongan berkaitan kerja, Sokongan penyelia, Sokongan rakan kerja, Sokongan organisasi, Prestasi kerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5650-5660 Employee participation in management. Employee ownership. Industrial democracy. Works councils
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 May 2023 09:39
Last Modified: 03 May 2023 09:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35389

Actions (login required)

View Item View Item