Syahfiqka Binti Bakri (2022) Pola penggunaan media sosial dalam kalangan remaja diKampung Bukit Quoin, Tawau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (561kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Penggunaan media sosial pada masa kini telah memberi impak yang sangat terkesan kepada pembentukan tingkah laku manusia kerana penggunaan media sosial yang menjadi suatu trend kepada masyarakat kini. Kepesatan teknologi kini menyebabkan masyarakat khususnya para remaja berlumba-lumba dalam menggunakan media sosial seperti Instagram, facebook, twitter dan sebagainya kerana medium media sosial ini banyak memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapat sumber maklumat terkini mengenai isu semasa. Walaubagaimanapun, penggunaan media sosial yang tidak terkawal sudah pasti akan menjerumus golongan ini kepada perubahan tingkah laku negatif. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di Kawasan Kampung Bukit Quoin. Di samping itu, objektif kajian diikuti dengan objektif untuk mengenalpasti kegunaan dan kepuasaan daripada penggunaan media sosial dalam kalangan remaja di Kampung Bukit Quoin, Tawau Sabah. Bagi menjalankan kajian, metod berbentuk kuantitatif akan digunapakai iaitu edaran borang soal selidik ke atas 100 orang remaja di Kampung Bukit Quoin bagi mendapat data yang lebih tepat untuk menjawab persoalan berkaitan pola penggunaan media sosial ke atas remaja di Kawasan Kampung Bukit Quoin, Tawau Sabah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Keperluan , Kegunaan , Kepuasan , Remaja , Media sosial |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 03 May 2023 09:45 |
Last Modified: | 03 May 2023 09:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35402 |
Actions (login required)
View Item |