Nuradibah Nordin and Gusni Saat (2022) Antara identiti Bajau Samah dan Bajau Ubian, sejauh mana perbezaannya: kajian kes di kampung Pulau Gaya asal, Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 147-161. ISSN 2600-867X
Text
Abstract.pdf Download (39kB) |
|
Text
Full text.pdf Restricted to Registered users only Download (312kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini membincangkan sejauhmana wujudnya persamaan dan perbezaan amalan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan antara kumpulan Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Pendekatan kajian ini adalah kualitatif yang menjadikan informan utama sebagai sumber utama data empirikal. Dapatan kajian menunjukkan umumnya identiti sepunya etnik Sama-Bajau mempunyai pengaruh ke atas persamaan budaya iaitu bahasa dan adat perkahwinan subetnik Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal, Kota Kinabalu. Dari segi bahasa, sebutan istilah-istilah antara Bahasa Bajau Ubian dan Bajau Samah pada dasarnya adalah sama. Hal ini disebabkan kedua-dua kumpulan etnik Sama-Bajau ini berkongsi identiti bahasa iaitu menuturkan bahasa keluarga Sinama/Sama. Dalam soal budaya perkahwinan pula, ternyata Islam sebagai identiti sepunya komuniti Bajau Samah dan Bajau Ubian di Kampung Pulau Gaya Asal telah membentuk acuan adat-adat perkahwinan mereka. Akad nikah yang mempunyai perkaitan adat nampaknya masih bertaut pada syariat Islam. Unsur-unsur perbezaan amat sedikit berbanding dengan unsur-unsur persamaan adat perkahwinan dan bahasa antara dua kelompok Sama-Bajau. Selain pengaruh identiti sepunya, ia juga terjadi disebabkan oleh jarak sosial yang begitu rapat antara dua kumpulan kerana mereka tinggal bersebelahan dalam sebuah petempatan yang sama. Hubungan sosial yang terjalin begitu lama antara dua kumpulan menyebabkan proses adaptasi dan asimilasi budaya berlaku antara satu sama lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Identiti, Sama-Bajau, Bajau Samah, Bajau Ubian, Bahasa, Adat |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 May 2023 09:46 |
Last Modified: | 03 May 2023 09:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35406 |
Actions (login required)
View Item |