Puteri Hayati Megat Ahmad and Nurul Hudani Md Nawi and Habibie Ibrahim and Norzihan Ayub and Azreel Azim Abdul Alim (2022) Kesedaran komuniti terhadap penyalahgunaan dadah di Sabah: pemberdayaan komuniti. Jurnal Kinabalu, 28 (1). pp. 250-265. ISSN 2600-867X
Text
Abstract.pdf Download (38kB) |
|
Text
Full text.pdf Restricted to Registered users only Download (333kB) | Request a copy |
Abstract
Community Empowerment adalah salah satu strategi utama Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Ia adalah satu agenda untuk merekayasa komuniti bertujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab komuniti dalam membanteras penyalahgunaan dadah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kesedaran komuniti terhadap bahaya penyalahgunaan dadah di negeri Sabah. Pendekatan kualitatif menggunakan temu-bual semi berstruktur dan kajian kes telah digunakan sebagai kaedah kajian. Seramai 35 peserta dari komuniti Sabah (N=35) telah terlibat. Dalam kajian ini. kesedaran komuniti diukur melalui empat dimensi, iaitu pengetahuan komuniti, suasana komuniti, kepimpinan dan penilaian keberkesanan program. Dapatan kajian menunjukkan ahli komuniti mempunyai kesedaran tinggi mengenai bahaya penyalahgunaan dadah, kesedaran tinggi tentang peranan komuniti dalam pencegahan dan kesedaran tinggi untuk terlibat secara aktif dalam membanteras penyalahgunaan dadah dalam komuniti mereka. Kajian ini selanjutnya menyarankan agar penambahbaikan secara berterusan terhadap pelbagai bentuk program pencegahan penyalahgunaan dadah sedia ada dijalankan dalam komuniti di Malaysia terutamanya di Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Memperkasakan komuniti, Kesedaran komuniti, Penyalahgunaan dadah |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 03 May 2023 09:49 |
Last Modified: | 03 May 2023 09:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35414 |
Actions (login required)
View Item |