Ag Mohd Ruslaimie bin Masli and Kee Y. Sabariah bte Kee Mohd Yussof (2022) Pengaruh persepsi sokongan organisasi Terhadap emotional labor: kajian ke atas Pemimpin kesatuan sekerja di Sabah. pp. 1-14. ISSN 2600-867X©
Text
ABSTRACT.pdf Download (88kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (412kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini menilai pengaruh persepsi sokongan organisasi terhadap emotional labor dalam kalangan pemimpin kesatuan sekerja di Sabah. Persepsi sokongan organisasi berperanan menilai tahap persepsi pemimpin kesatuan agar berasa dihargai oleh organisasi atas komitmen yang disumbangkan bagi tujuan menjaga hak pekerja menerusi kesatuan sekerja. Emotional labor pula adalah peraturan yang diekspresikan oleh pemimpin melalui bentuk emosi dan tingkah laku dalam memimpin ahli kesatuan sekerja yang dibahagikan kepada dimensi surface acting, deep acting dan genuine emotion. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai pengaruh persepsi sokongan organisasi terhadap emotional labor dalam konteks kepimpinan kesatuan sekerja. Kajian ini melibatkan 162 orang pemimpin atau ahli jawatankuasa tertinggi daripada 23 kesatuan sekerja di Sabah. Analisis regresi mudah digunakan untuk menganalisis data bagi tujuan menilai pengaruh persepsi sokongan organisasi terhadap emotional labor. Hasil kajian mendapati persepsi sokongan organisasi hanya mempengaruhi emotional labor melalui genuine emotion. Oleh itu, wujud faktor-faktor lain yang mempengaruhi emotional labor melalui surface acting dan deep acting dalam kalangan pemimpin kesatuan. Sehubungan dengan itu, kepimpinan kesatuan sekerja yang berusaha menjaga “hak pekerja” ahli kesatuan seharusnya selari dengan matlamat organisasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Emotional labor , Persepsi sokongan organisasi , Pemimpin , Kepimpinan , Kesatuan sekerja. |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies K Law > KP Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia > KPG1-6999 Malaysia |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 10 May 2023 16:35 |
Last Modified: | 22 May 2023 10:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35455 |
Actions (login required)
View Item |