Leandra Jekhiri Pius (2022) Sejarah masyarakat Rungus di Kudat, Sabah (1881- 1963). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES..pdf Download (678kB) |
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian berbentuk ilmiah ini adalah berkaitan dengan Masyarakat Rungus di Kudat (1881- 1963). Rungus merupakan masyarakat yang tinggal di Sabah dan salah satu etnik yang unik di Sabah. Majoriti masyarakat Rungus tinggal di daerah Kudat, Pulau Banggi dan Pitas. Keunikan masyarakat Rungus dari segi kepercayaan, kebudayaan, Bahasa, pakaian dan asal-usul tidak dapat dinafikan. Masyarakat Rungus sememangnya mempunyai keunikan yang berbeza dengan suku kaum yang lain. Namun keunikan ini masih tidak cukup apabila masih ada segelintir masyarakat luar yang masih tidak mengenali masyarakat ini. Keadaan ini lebih teruk apabila orang luar yang masuk ke daerah Kudat tidak mengenali suku kaum etnik ini. Oleh itu kajian ini memfokuskan tentang mengenalpasti sejarah asal-usul masyarakat Rungus di Kudat. Pada masa yang sama kajian ini untuk mengetahui aspek hal ehwal kebudayaan dan kepercayaan, yang mana Adat istiadat merupakan salah satu aturan hidup yang boleh menjadikan sesebuah masyarakat itu tahu akan kesalahan serta hukum yang dilakukan. Seterusnya kajian ini juga akan mengkaji tentang perubahan yang berlaku kepada masyarakat Rungus dalam bidang sosioekonomi masyarakat Rungus.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Masyarakat Rungus , Asal-usul , Kebudayaan dan Kepercayaan , Sosioekonomi |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 09 May 2023 15:17 |
Last Modified: | 15 Apr 2024 13:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35463 |
Actions (login required)
View Item |