Perkembangan seni anyaman tikar dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak dari tahun 1980 hingga 2018

Lilian Tan May Fern (2022) Perkembangan seni anyaman tikar dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak dari tahun 1980 hingga 2018. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (276kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai Perkembangan Seni Anyaman Tikar Dalam Kalangan Masyarakat Iban di Sarawak Dari Tahun 1980 Hingga 2018. Aktiviti menganyam merupakan satu seni yang dilakukan oleh orang yang berkemahiran dan boleh dikatakan mereka adalah golongan yang rajin sehingga membuahkan hasil budaya bangsa. Hasil daripada keunikan dan kehalusan seni anyaman terutamanya anyaman tikar dalam kalangan masyarakat Iban pada hari ini dapat dilihat perkembangannya terutamanya dari segi penggunaan alatan, bahan, corak atau motif serta proses pembuatan tikar tersebut. Kajian ini mempunyai tiga obejktif iaitu yang pertama ialah mengenalpasti asal usul seni anyaman tikar tradisional dalam kalangan masyarakat Iban di Kampung Baru Sungai Arip, Balingian, Sarawak. Kedua, mengkaji jenis tikar, bahan dan alatan yang digunakan, cara atau kaedah pembuatan, motif atau corak anyaman tikar, pantang, fungsi tikar yang digunakan oleh masyarakat Iban serta mengkaji perkembangan yang berlaku dalam penghasilan anyaman tikar masyarakat Iban. Akhir sekali, kajian ini bertujuan untuk menilai isu dan cabaran, memberi cadangan serta sumbangan pembuatan seni anyaman tikar bagi masyarakat Iban di Sarawak. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif yang disokong oleh sumber primer, sumber sekunder dan kajian lapangan. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pendedahan secara tidak langsung kepada generasi-generasi muda mengenai seni anyaman tikar Iban di Sarawak.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seni anyaman , Tikar , Iban
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 May 2023 15:17
Last Modified: 09 May 2023 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35465

Actions (login required)

View Item View Item