Rumah Panjang Teberu, Spaoh:Pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi dari tahun 1990 sehingga tahun 2019

Margaret Landan Anak Lumpoh (2022) Rumah Panjang Teberu, Spaoh:Pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (246kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Kajian ini dijalankan di Rumah Panjang Teberu, Spaoh Sarawak. Permasalahan kajian yang mendasari kajian ini adalah berkaitan dengan pemelihraan dan perubahan sosioekonomi masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu daripada penubuhan Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019 sebelum negara dilanda pendemik. Oleh itu, objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah latar belakang Rumah Panjang Teberu, meninjau pemeliharaan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019 dan mengenalpasti perubahan sosioekonomi di dalam kalangan masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu temu bual, kaedah perpustakaan dan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu masih lagi melakukan pemeliharaan dalam bidang sosioekonomi seperti adat dan pantang larang yang diamalkan semasa majlis perkahwinan, perayaan Hari Gawai Dayak, kematian dan teknik dalam aktviti pertanian dan penternakan yang masih lagi diamalkan oleh mereka sehingga kini. Selain daripada itu juga, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perubahan yang berlaku di Rumah Panjang Teberu dalam bidang sosioekonomi. Perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh Kristianisasi dan kemajuan teknologi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Masyarakat Iban , Pemeliharaan , Perubahan , Sosiekonomi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 May 2023 16:13
Last Modified: 10 May 2023 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35469

Actions (login required)

View Item View Item