Noraidah Richard (2022) Diskriminasi terhadap kaum wanita di India (1990 - 2018). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (306kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (961kB) |
Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada isu diskriminasi terhadap kaum wanita di India bermula pada tahun 1990 sehingga 2018. Antara permasalahan kajian yang mendasari penyelidikan ini adalah berkaitan dengan diskriminasi berbentuk sati iaitu pembakaran wanita bersama dengan mayat suaminya pada hari pengebumian. Dowri juga merupakan antara permasalahan utama yang dihadapi oleh wanita iaitu sistem pemberian mas kahwin ataupun mahar oleh pihak keluarga pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki. Sistem dowri jelas memperlihatkan diskriminasi yang ketara terhadap wanita apabila mereka menerima penindasan dari pihak keluarga pengantin lelaki jika jumlah mahar yang diberikan adalah kurang. Oleh hal sedemikian, permasalahan mulai timbul apabila wujudnya tanda tanya mengapa kedua-dua kepercayaan ini masih berterusan sehingga kini meskipun sudah hidup di era moden. Adakah ia disebabkan oleh pihak kerajaan dan swasta yang tidak pernah mencampuri isu ini ataupun sikap masyarakatnya yang ingin mengekalkan adat dan kepercayaan agama terdahulu. Berdasarkan data primer dan sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber, kajian ini mendapati bahawa antara bentuk-bentuk diskriminasi yang dihadapi oleh wanita India termasuklah penindasan dari segi hak berpolitik, jurang gaji yang rendah, adat sati dan dowri, keganasan rumah tangga, isu pengguguran bayi dan kes cabul, rogol serta gangguan seksual. Hal ini berpunca daripada kemiskinan, adat dan kepercayaan, akses pendidikan rendah, kurang kesedaran wanita dan kekurangan perlindungan undang-undang. Oleh itu, terdapat banyak inisiatif dari pihak kerajaan dan swasta dalam melaksanakan langkah pembendungan terhadap diskriminasi ini.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Wanita , India , Diskriminasi , Sati , Dowri |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS401-(486.8) India (Bharat) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 May 2023 15:58 |
Last Modified: | 11 May 2023 15:58 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35484 |
Actions (login required)
View Item |