Nurlailah Kaharudin (2022) Sejarah penyebaran covid-19 di Malaysia (2019-2021). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES.pdf Download (389kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian ini mengangkat berkaitan sejarah penyebaran COVID-19 di Malaysia dalam tempoh 2019 hingga 2021. COVID-19 telah menjadi satu fenomena global yang banyak mengubah pola kehidupan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Kajian ini dilakukan bertujuan agar mengubah stigma masyarakat Malaysia mengenai penyebaran COVID-19. Selain itu, membantu generasi muda mengenali serta memahami pensejarahan COVID-19 dalam Malaysia juga menjadi kepentingan kajian ini. Tidak hanya itu, peristiwa yang direkodkan selama pandemik COVID-19 dapat dijadikan pengajaran dan pedoman untuk generasi akan datang. Maka sebab itu, beberapa objektif telah digariskan antaranya (i) membahaskan geneologi sejarah COVID-19 di Malaysia bermula dari gelombang pertama, gelombang kedua dan gelombang ketiga, (ii) meneliti cabaran dan implikasi yang dihadapi masyarakat Malaysia semasa penyebaran COVID-19 di Malaysia dan (iii) menganalisis inisiatif kerajaan Malaysia mengawal masalah penyebaran COVID-19 di malaysia. Dalam usaha merealisasikan matlamat terbabit, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang didominasi oleh pembacaan secara rapi (close reading) menggunakan sumber-sumber yang diperolehi daripada laporan kerajaan, buku, artikel, jurnal, akhbar digital dan sumber kepustakaan lainnya. Hasil daripada kajian ini mendapati sejauhmanakah penularan COVID-19 dapat menganggu kehidupan masyarakat sehingga menjadi cabaran dan implikasi yang harus dilalui masyarakat di negara ini dengan hanya berfokuskan kepada tiga aspek iaitu pekerjaan, perniagaan dan keselamatan. Diikuti dengan kerajaan selaku pemimpin negara telah melaksanakan beberapa inisiatif jangka panjang dan pendek dalam usaha mengawal penularan termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berfasa, penutupan sempadan serta advokasi media dan komunikasi. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan geneologi sejarah COVID-19 yang berlaku di Malaysia memiliki kepentingan dalam bidang sejarah khususnya sejarah sosial.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Covid-19 , Geneologi , Cabaran , Implikasi , Inisiatif kerajaan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 11 May 2023 15:59 |
Last Modified: | 11 May 2023 15:59 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35496 |
Actions (login required)
View Item |