Perjuangan politik Islam Muhammad bin Abdul Kadir (Haji Sulong) terhadap masyarakat Melayu Patani, Thailand (1932-1954)

Sahriani Ishak (2022) Perjuangan politik Islam Muhammad bin Abdul Kadir (Haji Sulong) terhadap masyarakat Melayu Patani, Thailand (1932-1954). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (686kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Penelitian ini dilatarbelakangi dengan keadaaan masyarakat Melayu Patani pasca Revolusi Thai 1932 khusunya di Patani (Wilayah Selatan Thailand) yang sering dipinggirkan dari pelbagai aspek kehidupan. Ini disebabkan pelbagai diskriminasi dan tekanan yang dilalui oleh masyarakat Patani ekoran dasar asimilasi Thai yang tidak dinafikan telah menggugat kehidupan mereka. Tambahan pula, pihak Thai sering menganggap bahawa punca ketidaksatabilan politik yang berlaku di Selatan Thailand adalah didorong ekoran daripada bangsa Melayu itu sendiri. Oleh hal demikian, timbul kesedaran perpolitikan yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu pasca revolusi Thai untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik dan melakukan tuntutan ke atas kerajaan Thai daripada situasi yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai konflik antara kerajaan Thailand dengan masyarakat Melayu Patani. Jelaslah dalam situasi yang membimbangkan di Selatan Thai, hadirnya seorang tokoh ulama pejuang terkenal iaitu Haji Sulong yang telah membawa perubahan kepada masyarakat Melayu Patani. Haji Sulong memandang bahawa masyarakat Melayu Patani tidak berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar menerusi pentadbiran dan dasar-dasar yang dilaksanakan sewaktu pemerintahan Phibun Songkhram. Oleh itu, penelitian ini akan memperlihatkan perjuangan yang begitu besar dilakukan oleh Haji Sulong khususnya dalam memperjuangkan dan membawa idea-idea politik Islam bagi membela nasib masyarakat Melayu Patani. Perjuangan yang dimiliki oleh beliau sangat berpengaruh sehingga mampu membentuk penyatuan masyarakat dalam satu wadah perjuangan yang berteraskan sosio-politik Islam. Perjuangan politik Islam yang diterapkan oleh Haji Sulong juga membolehkan peningkatan taraf kehidupan dan melahirkan penyatuan dalam kepemimpinan mahupun penyatuan dalam masyarakat. Hasil perjuangan beliau membolehkan masyarakat Melayu Patani dapat menikmati dasar-dasar kerajaan yang lebih sesuai dan toleran yang tidak dinikmai oleh kelompok minoriti lain di Thailand.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Masyaraka t, Asimilasi , Ketidakstabilan politik , Konflik , Kepemimpinan , Perjuangan Politik Islam , Penyatuan
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS561-589 Thailand (Siam) > DS570.95-586 History
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:44
Last Modified: 22 May 2023 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35521

Actions (login required)

View Item View Item