Diskriminasi terhadap golongan wanita dalam aspek ekonomi dan sosial di Afghanistan (1996-2014)

Saripah Azmirah Lipse (2022) Diskriminasi terhadap golongan wanita dalam aspek ekonomi dan sosial di Afghanistan (1996-2014). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (218kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini adalah memberikan tumpuan kepada diskriminasi yang berlaku dalam kalangan golongan wanita di Afghanistan bermula pada tahun 1996 hingga 2014. Permasalahan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini adalah berkenaan dengan bentuk diskriminasi ekonomi dan sosial yang mendorong kepada berlakunya krisis kemanusiaan dalam kalangan wanita di Afghanistan. Kedua-dua diskriminasi tersebut dilihat memberikan kesan dalam menjejaskan hak asasi golongan wanita di negara tersebut. Berdasarkan kepada data primer dan sekunder yang diakses daripada pelbagai sumber, kajian ini mendapati bahawa diskriminasi yang berlaku dalam kalangan wanita adalah bertitik-tolak daripada penaklukan rezim Taliban ke atas ibu kota Afghanistan yang membawa kepada diskriminasi dari segi hak pekerjaan, pendidikan, kesihatan, pergerakan bebas dan berlakunya keganasan serta penganiayaan terhadap golongan wanita di Afghanistan. Kajian ini turut mendapati bahawa golongan wanita memperoleh kesan yang sangat mendalam khususnya dari segi peluang pekerjaan, sumber pendapatan, kebebasan bergerak serta menghadapi masalah fizikal, mental dan seksual sepanjang berada di bawah pemerintahan regim tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Diskriminasi , Afghanistan , Taliban , Ekonomi , Sosial
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ1101-2030.7 Women. Feminism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 22 May 2023 09:44
Last Modified: 22 May 2023 09:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35522

Actions (login required)

View Item View Item