Keberkesanan aplikasi papan permainan dalam program eiksplorasi morfologi Arab

Siti Rohani Jasni (2022) Keberkesanan aplikasi papan permainan dalam program eiksplorasi morfologi Arab. Doctoral thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Kaedah pembelajaran morfologi Arab yang pasif dan berpusatkan guru semakin kurang digemari oleh generasi masa kini yang lebih tertarik kepada sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan. Kajian lepas menunjukkan integrasi permainan dalam pembelajaran berpotensi meningkatkan kemahiran dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, inovasi papan permainan diperkenalkan sebagai kaedah alternatif bagi pembelajaran morfologi Arab melalui 'Program Eksplorasi Morfologi Arab'. Bagi menentukan keberkesanan aplikasi papan permainan dalam program yang telah dijalankan, kajian ini cuba mencapai beberapa objektif iaitu Pertama, menganalisis keberkesanan modul papan permainan ke atas pencapaian morfologi Arab dalam kalangan pelajar SMKA bagi aspek kata ke1ja, derivasi dan kata nama terbitan setelah melalui ujian pra dan ujian pasca. Kedua, mengukur keberkesanan modul bagi aspek minat dan motivasi pelajar terhadap aplikasi papan permainan morfologi Arab. Ketiga, menilai relevansi pelaksanaan aplikasi papan permainan morfologi Arab bagi meningkatkan pencapaian morfologi Arab pelajar SMKA. Keempat, menentukan kebolehgunaan papan permainan berdasarkan kesepakatan pakar. Reka bentuk eksperimental dijalankan bagi menilai keberkesanan papan pern1ainan morfologi Arab yang terdiri daripada 80 orang pelajar di sebuah SMKA. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pencapaian, soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Manakala, data kualitatif dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati pendekatan pembelajaran menerusi papan permainan berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam morfologi Arab. Analisis respon pelajar bagi aspek minat dan motivasi terhadap pembelajaran berasaskan permainan secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Antara papan permainan yang paling diminati pelajar ialah Luc bah Kad Ta$1ij 5 dengan peratusan sebanyak 80%, diikuti dengan Li/bah Ta$rf/63.7% dan Li(bah Sullam al-Na}ab 47%. Analisis pemerhatian menunjukkan bahawa pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan dan terlibat secara aktif sepanjang aktiviti papan permainan dijalankan. Mereka menunjukkan minat yang mendalam terhadap pembelajaran berasaskan papan permainan yang dilakukan secara santai dan hands-on. Pakar juga bersepakat bahawa aplikasi papan permainan releven dipraktikkan dalam kalangan pelajar SMKA kerana ia dapat memberi impak positif terhadap perkembangan kognitif dan psikomotor pelajar melalui amalan praktis terhadap kepelbagaian bentuk pola kata Arab yang dilakukan secara berulang kali. lmplikasi kajian ini menyumbang kepada model, teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 serta memberi inspirasi kepada penggubal modul untuk merealisasikannya dalam pembelajaran.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Fakulti Pengajian Islam , Fakulti Pengajian Islam , Aplikasi , Permainan
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language > PJ6701-6901 Modern Arabic dialects
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Jun 2023 09:57
Last Modified: 21 Jun 2023 09:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35663

Actions (login required)

View Item View Item