Kesan pembelajaran sains berasaskan projek dan pendekatan stem terhadap lima dimensi sifat kreativiti saintifik murid tahun lima

Norjanah Ambo (2019) Kesan pembelajaran sains berasaskan projek dan pendekatan stem terhadap lima dimensi sifat kreativiti saintifik murid tahun lima. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (902kB)
[img] Text
FULLTEXT.01.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB)

Abstract

Gelombang transformasi pendidikan sains pada masa kini memerlukan pengintegrasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan pembelajaran berasaskan projek (PBP) untuk mencungkil kreativiti dalam kalangan pelajar. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan Pembelajaran Berasaskan Projek dan STEM (PBPSTEM) terhadap lima dimensi sifat kreativiti saintifik murid Tahun Lima iaitu Kelancaran, Keaslian, Penghuraian, Keabstrakan Tajuk dan Rintangan terhadap Penutupan Pramatang. Sebuah Modul Pro-STEM telah dibangunkan sebagai panduan kepada guru Sains untuk memupuk kreativiti saintifik murid-murid Tahun Lima. Ujian Kreativiti Saintifik Lakaran (USKL) juga dibangunkan untuk mentaksir lima dimensi sifat kreativiti saintifik. Reka bentuk kuasi-eksperimen ujian pra dan ujian pasca telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 360 murid Tahun Lima yang berumur sepuluh hingga sebelas tahun daripada empat buah sekolah rendah dalam bandar di Daerah Tawau terlibat dalam tiga kumpulan intervensi: PBPSTEM (n=120), PBP (n=120), dan kumpulan Tradisional (n=120). Multivariate AnalysisofCovariance(MANCOVA) digunakan dalam analisis data untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada skor min dalam ketiga-tiga kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan [F (2, 352)= 27.357, p<.05] dalam ketiga-tiga kumpulan. Keputusan ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam ketiga-tiga kumpulan terhadap kelancaran [F(2, 356)= 80.149, p<.05], keaslian [F(2, 356)= 129.127, p<0.05], penghuraian [F (2, 356)= 73.836, p<.05], keabstrakan tajuk [F (2, 356)= 140, p<.05] dan rintangan terhadap penutupan pramatang [F(2, 356)= 172.029, p<.05]. Kumpulan PBPSTEM menghasilkan skor min ujian pasca secara signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan PBP, seterusnya skor min ujian pasca PBP secara signifikan lebih tinggi berbanding kumpulan Tradisional dalam kelima­lima dimensi sifat kreativiti saintifik. Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah PBPSTEM memberi kesan positif dalam usaha membantu perkembangan lima dimensi sifat kreativiti saintifik murid Tahun Lima. Oleh itu, para pendidik khasnya guru-guru Sains disarankan untuk mengintegrasikan STEM dengan pembelajaran berasaskan projek dalam amalan PdPc Sains mereka demi meningkatkan kreativiti saintifik dalam kalangan murid.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pembelajaran , Sains , Stem
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Jun 2023 09:45
Last Modified: 23 Jun 2023 09:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35685

Actions (login required)

View Item View Item