Suhailah Abdul Muin and Norcikeyonn Samuni and Mohd. Nor Azan Abdullah and Issraq Ramli (2022) Tinjauan isu ruangan dan cadangan langkah memperkasakan perkhidmatan penginapan dalam kalangan pengusaha homestay patuh syariah di Sabah. International Journal of Social Science Research (IJSSR), 4 (4). pp. 98-110.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (300kB) | Request a copy |
Abstract
Program homestay patuh syariah adalah salah satu strategi untuk mempromosikan pelancongan islamik di Malaysia. kemudahan penginapan homestay tidak hanya tertumpu di kawasan luar bandar, tetapi perkhidmatannya telah diperluas hingga ke kawasan bandar. Pada asalnya, program homestay melibatkan pelancong menginap, menjamu selera dan dihiburkan dengan acara tradisional dan aktiviti bersama penduduk kampung yang terlibat. Walaubagaimanapun, perkhidmatan homestay masa kini adalah lebih bersifat fleksibel iaitu penginap hanya menyewa homestay untuk tujuan berehat (tidur) dan melakukan aktiviti bebas bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Terdapat beberapa isu berkaitan ruangan yang mempengaruhi pemilihan penginapan homestay oleh para pelancong seperti keluasan homestay, penyediaan fasiliti seperti tempat meletakkan kenderaan, jarak antara pusat bandar dan destinasi utama pelancongan serta ancaman risiko keselamatan akibat tindakan manusia mahupun alam semulajadi perlu diteliti untuk tujuan penambahbaikan kualiti perkhidmatan penginapan homestay sedia ada. Selain itu, cadangan langkah dalam memperkasakan perkhidmatan homestay untuk mencapai tahap patuh syariah melalui sudut pandang para pengusaha homestay terlibat perlu diketengahkan untuk diperhalusi di peringkat formal seperti Islamic Tourism Centre (ITC) untuk tujuan bimbingan dan bantuan. Kajian ini dilaksanakan di tiga lokasi tumpuan pelancong di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna dan melibatkan tiga puluh (30) orang pengusaha homestay. Kaedah pemerhatian secara langsung ke lokasi homestay juga digunapakai dalam kajian ini untuk mengenalpasti dan meneliti suasana perkhidmatan homestay tersebut dilaksanakan secara lebih mendalam. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat beberapa pengusaha homestay menjelaskan isu ruangan yang berlaku berdasarkan kepada lokasi homestay seperti limitasi tempat meletakkan kenderaan, ketiadaan CCTV untuk memantau aktiviti penginap, masalah tekanan air rendah, tanah runtuh dan lain-lain. Selain itu, beberapa cadangan langkah yang relevan turut diterima seperti pengusaha homestay mengharapkan ITC dapat membantu menjadi pemantau dan perujuk nasihat khususnya dalam aktiviti melibatkan penyediaan perkhidmatan homestay patuh syariah serta memberikan bantuan pengurusan, latihan dan program-program berstruktur berkaitan proses penyediaan patuh syariah khusus yang dilaksanakan oleh agensi berwajib.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Isu Ruangan, Cadangan Langkah, Pemerkasaan Homestay Patuh Syariah, Pengusaha Homestay |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 28 Jun 2023 11:50 |
Last Modified: | 28 Jun 2023 11:50 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35708 |
Actions (login required)
View Item |