Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah kawasan timur pekan Lahad Datu, Sabah

KHOR ANGIE (2007) Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah kawasan timur pekan Lahad Datu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Kawasan kajian terletak. di bahagian Timur Lahad Datu, Sabah yang dibatasi oleh garis longitud T 118°19' hingga T 118°27' dan garis latitud U 05°01' hingga U 05°06'. Keluasan kawasan kajian adalah 104km2• Objektif kajian ialah mengkaji geologi am dan sifat kejuruteraan tanah kawasan timur Pekan Lahad Datu, Sabah. Kajian geologi am melibatkan aspek geomorfologi, stratigrafi, geologi struktur dan petrografi serta mengkaji sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan tanah. Kawasan kajian terdiri daripada unit Batuan Dasar Berhablur, Formasi Ayer, Formasi Tabanak Konglomerat dan Endapan Aluvium Kuatener. Analisis geologi struktur kawasan kajian adalah bertrend Barat Laut-Tenggara dan Timur Laut-Barat Daya. Sebanyak lima sampel tanah dianalisis untuk sifat kejuruteraan tanah. Daripada analisis sifat kejuruteraan tanah, sampel tanah Formasi Ayer merupakan sampel tanah lempung berpasir yang bersifat alkali dengan nilai pH 8.81 berserta sifat keplastikan tinggi. Sifat ketelapan sampel tanah Formasi Ayer ini adalah bernilai 1.32 x 10·10• Bagi sampel daripada Formasi Tabanak Konglomerat pula, sampel­sampel tanah didapati terdiri daripada jenis lempung dan juga pasir berlempung dengan kandungan bahan organik yang rendah iaitu berjulat antara 15.72% dan 38.00%. la didapati bersifat bersifat asid dengan nilai pH 6.34 dan juga alkali yang bemilai 8.81, dengan kehadiran kalsit serta mempunyai keplastikan yang tinggi. Ketelapannya terhadap air adalah sangat rendah dengan nilai berjulat antara 8.97 x 10·11 dan 1.79 x 10·10. Sampel tanah Endapan Aluvium Kuatener yang bertekstur lempung mempunyai kandungan kelembapan tinggi bernilai 37.27% dan bahan organik yang rendah, 4.90%. la adalah bersifat asid dengan pH 6.54 berserta keplastikan sangat tinggi. Ketelapan terhadap air bagi sampel tanah ini adalah sangat rendah iaitu bemilai 2.25 x 10·11• Sampel paya dari endapan paya marin adalah bersifat alkali bernilai 8.90 dengan keplastikan tinggi dan merupakan sampel tanah berlempung. Sampel ini mempunyai kandungan kelembapan bernilai 47.80% dan bahan organik yang paling tinggi iaitu bernilai 14.21 % berserta dengan nilai ketelapan terhadap air yang rendah iaitu 1.66 x 10·11• Kesemua sampel tanah daripada kawasan kajian yang dikaji adalah dikelaskan sebagai tanah yang sangat lembut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geologi, Lahad Datu, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jul 2023 16:04
Last Modified: 12 Jul 2023 16:04
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35740

Actions (login required)

View Item View Item