Philip Beginda and Bilcher Bala (2022) Kepimpinan Tuai Rumah dalam perubahan Politik di Sarawak, 1963-2021. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 102-114.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (278kB) |
Abstract
Perubahan politik di Sarawak telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem kepimpinan rumah panjang orang Iban di Sarawak. Perkembangan politik sejak merdeka (1963) hingga politik kontemporari (2021) telah banyak mencorakkan perubahan terhadap kepimpinan tuai rumah (ketua rumah panjang), yakni dari segi peranan dan tingkah laku. Kajian ini cuba melihat perbandingan di corak kepimpinan tuai rumah pada masa lampau dan masa kini agar perubahan yang telah berlaku dapat dikenal pasti. Peristiwa Ming Court 1987 dan kebangkitan Dayakisme yang dicetuskan oleh PBDS telah mengheret penyertaan tuai rumah ke dalam kancah politik. Hal ini telah mewujudkan suatu kesedaran kepada kerajaan pada masa itu bahawa institusi tuai rumah perlu dikawal selia. Persoalannya, apakah bentuk perubahan dan strategi kawal selia yang telah dilakukan terhadap kepimpinan tuai rumah? Kajian ini penting agar permasalahan yang melanda kepimpinan tuai rumah dapat dikenal pasti supaya kelestarian sistem kehidupan berumah panjang dalam kalangan orang Iban di Sarawak terus kekal relevan dan signifikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Iban, Kepimpinan, Perubahan politik, Sarawak, Tuai rumah |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Jul 2023 14:30 |
Last Modified: | 07 Jul 2023 14:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35792 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |