Cabaran pengajaran & pembelajaran kursus kemahiran secara maya semasa Pandemik Covid-19

Saniah Ahmad (2022) Cabaran pengajaran & pembelajaran kursus kemahiran secara maya semasa Pandemik Covid-19. Gendang Alam, 12 (2). pp. 1-13. ISSN 2600-8661

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (299kB) | Request a copy

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji cabaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus kemahiran yang dijalankan secara maya ketika pandemik COVID-19. Cabaran dalam mengakses Internet dengan konsisten untuk sesi pengajaran dan pembelajaran secara maya menyebabkan pelajar mengalami kesukaran untuk mengadaptasi cara belajar yang berubah drastik, daripada pembelajaran bersemukakepada pembelajaran secara maya. Kajian ini untuk mengenal pasti kekangan utama dalam pembelajaran dan pengajaran secara maya yang dihadapi oleh pelajar dan pengajar dalam kursus ini. Selain itu, kajian ini mengenalpasti bentuk tugasan yang boleh diubah suai mengikut situasi pendemik agar tidak terlalu membebankan pelajar.Kajian ini menggunakan kaedah kajian kes untuk Kursus Rekacipta Busana dengan penglibatan secara langsung 47 pelajar yang menyertai kursus ini. Kaedah pungutandata menggunakan borang kaji selidik melalui Google form, pemerhatian dan temu bual secara informal pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hasil kajian mendapati pengajar mengubah komponen penilaian dalam bentuk tugasan praktikal yang disesuaikan dengan situasi pendemik COVID-19. Melalui pengubahsuaian ini, pelajar berupaya menyiapkan dan menghantar tugasan secara maya dalam bentuk tugasan separa-praktikal yang lebih ringan berbanding tugasan asal dalam pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Kaedah pembelajaran dan pengajaran secara maya perlu diteruskan apabila keadaan kembali seperti sediakala daripada krisis pandemik ini. Ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif khas untuk pelajar yang mempunyai kekangan untuk menghadiri kuliah bersemuka atas faktor kesihatan sekiranya disyaki membawa penyakit berjangkit yang memerlukan mereka diisolasi seperti terkena jangkitan virus COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Cabaran, Pembelajaran maya, Teknikal, Kemahiran, Reka cipta, Busana, COVID-19
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Jul 2023 16:09
Last Modified: 12 Jul 2023 16:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35818

Actions (login required)

View Item View Item