Kajian komposisi dan taburan serangga perosak di ladang kelapa sawit, Langkon, Kota Marudu, Sabah pada peringkat umur satu tahun, lima tahun dan sepuluh tahun

Miti Fateema Yusliza Mohd Yusoff (2007) Kajian komposisi dan taburan serangga perosak di ladang kelapa sawit, Langkon, Kota Marudu, Sabah pada peringkat umur satu tahun, lima tahun dan sepuluh tahun. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (10MB)

Abstract

Projek yang dijalankan di ladang kelapa sawit Langkon, Kota Marudu adalah mengenai taburan dan jenis serangga perosak yang menyerang pokok kelapa sawit pada peringkat umur satu tahun, lima tahun dan sepuluh tahun. Tiga kaedah digunakan untuk menangkap serangga perosak iaitu dengan menggunakan tangan, kayu bercabang dan galah panjang beserta sabit. Terdapat 21 spesies serangga perosak telah ditemui pada ketiga-tiga peringkat umur Pada pokok kelapa sawit berumur satu tahun, terdapat 12 belas spesies ditemui iaitu Stethorus siphonulus, Thosea vetusta, Mahasena corbetti, Metisa plana, Setora nitens, Coelophora inaequalis, Darna trima, Clania sp., Dasychira sp., Pteroma pendula, Ricania speculum dan Dasychira mendosa. Sementara itu, pada peringkat umur lima tahun pula, 14 spesies serangga perosak telah ditemui iaitu Sucica pal/ida, Dasychira sp., Mahasena corbetti, Metisa plana, Amathusia phidippus, Pteroma pendula, Clania sp., Turnaca sp., Setora nitens, Ricania speculum, Darna trima, Laelia sp. dan Valanga nigricornis. Manakala pada peringkat umur sepuluh tahun pokok kelapa sawit, 13 spesies serangga perosak telah ditemui iaitu Laelia sp., Metisa plana, Darna trima, Dasychira sp., Asota plana pensecta, Clania sp., Sucica pallIida, Mahasena corbetti, Valanga nigricornis, Pteroma pendula, Elymnias hypermnestra, Trichogyia sp., dan Cephrenes chrysozona. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi serangga perosak untuk menyerang pokok kelapa sawit iaitu keadaan keseimbangan semulajadi yang terganggu, keadaan cuaca yang tidak menentu, kesesuaian spesies terhadap persekitaran dan juga keadaan ladang yang terlalu bersih.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Serangga perosak, Ladang, Sawit
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jul 2023 16:14
Last Modified: 12 Jul 2023 16:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35828

Actions (login required)

View Item View Item