Geologi am dan analisis kestabilan cerun di kawasan Kimanis Sabah

Siti Nadia Imji Rahim (2008) Geologi am dan analisis kestabilan cerun di kawasan Kimanis Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (33MB)

Abstract

Kawasan kajian terletak di Kimanis, iaitu kira-kira 40 km daripada Pekan Keningau. Kawasan ini dibatasi oleh garis bujur 115°56'T hingga 116°00'T dan garis lintang 05°38'U hingga 05°32'U yang meliputi kawasan seluas 100 km2 Kawasan kajian terdiri daripada F ormasi Crocker yang berusia Eosen hingga awal Miosen dan endapan Aluvium Kuatenar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keadaan geologi am dan menganalisis kestabilan cerun yang terdapat di kawasan kajian. Sebanyak 5 sampel batuan dan 5 sampel tanah dikumpul untuk membuat analisis makmal bagi keperluan kajian geologi am dan kajian kestabilan cerun. Analisis makmal bagi sampel tanah adalah untuk menentukan sifat fizik-kimia dan sifat kejuruteraan tanah. Keputusan bagi sifat fizik-kimia tanah menunjukkan nilai kandungan kelembapan berjulat antara 23 .23 % hingga 28.41 %, kandungan organik berjulat antara 1.98% hingga 4.80% dan graviti tentu berjulat antara 2.45 hingga 2.66. Analisis saiz butiran mengklasifikasikan sampel kepada j enis lempung, lodak berpasir dan berlempung, lempung berlodak dan berpasir, lodak berlempung, dan lodak berpasir. Hasil ujian had-had Atterberg menunjukkan 4 sampel tanah dikelaskan mempunyai keplastikan sederhana manakala 1 sampel dikelaskan mempunyai keplastikan rendah. Hasil analisis makmal yang didapati menunjukkan keadaan tanah adalah kurang stabil dan membantu proses kegagalan cerun. Bagi penentuan sifat-sifat kejuruteraan, analisis yang dilakukan adalah pemadatan proctor, ketelapan dan kekuatan ricih tanah. Bagi analisis sampel batuan, analisis petrografi dan kekuatan beban titik batuan dilakukan. Hasil petrografi menunjukkan batuan terdiri daripada jenis arkos wak manakala mineral dominan yang wujud adalah kuarza. Analisis kestabilan cerun yang dilakukan melibatkan kaedah Markland bagi cerun batuan dan kaedah hirisan bagi cerun tanah. Melalui kaedah Markland, didapati cerun batuan yang dikaji adalah berpotensi mengalami kegagalan jenis baji, lingkaran dan jenis planar. Melalui kaedah hirisan, didapati 4 daripada 5 cerun tanah di kawasan kajian tidak selamat kerana mempunyai nilai FK yang kurang daripada 1.0 iaitu berjulat antara 0.116 hingga 0.261. Faktor kegagalan yang dikenalpasti boleh mempengaruhi kestabilan cerun adalah seperti sifat keporosan batu pasir dalam Formasi Crocker, sistem ketakselanjaran yang tinggi, sudut condong satah perlapisan yang tinggi dan selari dengan permukaan cerun clan aktiviti luJuhawa.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Geologi am, Kestabilan cerun, Kimanis
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 Jul 2023 09:34
Last Modified: 20 Jul 2023 09:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36074

Actions (login required)

View Item View Item