Analisis dan pencirian minyak pati aquilaria malaccensis, physalis minima, cymbopogon martini, cymbopogon nardus dan cymbopogen citratus

Ng Seong Wooi (2007) Analisis dan pencirian minyak pati aquilaria malaccensis, physalis minima, cymbopogon martini, cymbopogon nardus dan cymbopogen citratus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (15MB)

Abstract

Dalam penyelidikan ini, lima jenis tumbuhan telah dicirikan iaitu Aquilaria malaccensis, Physalis minima, Cymbopogon martini, Cymbopogon nardus dan Cymbopogen citratus. Sampel-sampel ini diekstrak minyak patinya dengan menggunakan kaedah penyulingan hidro. Melalui kaedah ini, peratusan basil minyak pati daripada kayu Aquilaria malaccensis, daun Physalis minima, daun Cymbopogon martini, daun Cymbopogon nardus dan daun Cymbopogon citratus adalah 1.059 % (w/w), 0.441 % (w/w), 1.183 % (w/w), 1.070 % (w/w) dan 1.283 % (w/w) masing-masing. Minyak pati Aquilaria malaccensis, Cymbopogon nardus dan Cymbopogen citratus adalah berwarna kuning. Minyak pati Cymbopogon martini berwarna kuning muda dan minyak pati Physalis minima tidak berwarna. Dalam ujian antibakteria, minyak pati Aquilaria malaccensis dan minyak pati Physalis minima menunjukkan ujian positif terhadap bakteria Salmonella thphymurium (S 1000), Staphylococcus anreus (S 277) dengan zon perencatan 8 mm, 8 mm dan 8 mm, 6 mm masing-masing. Minyak pati Cymbopogen citratus menunjukkan ujian positif terhadap semua bakteria kecuali bakteria Pseudomonas aruginosa (. ATCC 10145). Minyak pati Cymbopogen nardus dan minyak pati Cymbopogon martini telah menunjukkan ujian negatif terhadap bakteria Escherichia coli (E 91/026), Pseudomonas aruginosa (. ATCC IO 145), Bacillus cereus (B 43/04 B), Salmonella thphymurium (S 1000) dan Staphylococcus anreus (S 277). Didapati minyak pati Cymbopogen citratus adalah lebih kuat aktiviti antibakterianya berbanding dengan minyak pati yang lain kerana zon perencatan adalah lebih besar. Bagi aktiviti antloksida, semua minyak pati telah memberi kesan antioksida yang baik di mana kerelatifan ekstrak akueus terhadap BHT adalah kurang atau hampir dengan 1 (berbanding dengan BHT). Minyak pati seperti di atas telah dianalisis dengan kromatografi gas dengan spektrometri jisim (GC-MS), sebatian-sebatian utama dalam lima jenis tumbuhan adalah mempunyai sifat yang berbeza. Dua sebatian-sebatian utama dalam minyak pati Aquilaria malaccensis, Physalis minima, Cymhopogon martini, Cymbopogon nardus dan Cymbopogen citratus adalah Caryophyllene, Patchoulene, delta-Selinene, Phytol, alpha-Cadinol, Seychellene, Aristolene, Citronellyl isobutyrate, alpha-Phellandrene dan beta-Pinene maisng-masing. Kesimpulan, keputusan menunjukkan minyak pati Cymbopogen citratus adalah berpotensi dalam bidang antiok.sida, antibakteria dan boleh diteruskan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Minyak pati, Aquilaria malaccensis, Physalis minima, Cymbopogon martini, Cymbopogon nardus, Cymbopogen citratus
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 08 Aug 2023 15:39
Last Modified: 08 Aug 2023 15:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36076

Actions (login required)

View Item View Item