Migrasi agamawan dan impaknya terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Sabah

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Syamsul Azizul Marinsah and Abang Mohd Razif Abang Muis and Irma Wani Othman (2021) Migrasi agamawan dan impaknya terhadap perkembangan Pendidikan Islam di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6. pp. 24-44.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (310kB) | Request a copy

Abstract

Perbahasan berkenaan impak migrasi di Sabah bukanlah satu perkara baharu. Bagaimanapun, perbahasan impak migrasi dalam arus perdana lebih menjurus kepada impak migrasi ekonomi dan migrasi pelarian. Hal ini kerana kedua-dua dimensi tersebut berlaku dalam skala yang besar. Hakikatnya, migrasi yang berlaku di Sabah tidak hanya tercakup dalam dua dimensi tersebut sahaja. Terdapat juga dimensi-dimensi migrasi lain yang turut berlaku, antaranya migrasi agamawan. Migrasi agamawan tidak dinafikan telah memberikan impak yang besar terutamanya dalam perkembangan peradaban Islam di Sabah. Oleh itu, kajian ini akan membahaskan impak migrasi golongan agamawan terhadap perkembangan pendidikan Islam di Sabah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual. Kajian mendapati migrasi agamawan ke Sabah telah memberikan impak yang signifikan bermula dengan penyebaran awal Islam ke Sabah itu sendiri, proses-proses dakwah yang sentiasa dijalankan (sehingga menyumbang kepada peningkatan komposisi Islam sebagai kumpulan majoriti), pindaan perlembagaan negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri, seterusnya pembangunan hal ehwal Islam dari segenap aspek termasuklah pendidikan Islam. Ini menunjukkan bahawa migrasi golongan agamawan berupaya memberikan impak signifikan di tempat yang didatangi mereka dan aspek ini wajar untuk diterokai lagi untuk kajian-kajian lanjutan.

Item Type: Article
Keyword: Migrasi, Agamawan, Pendidikan Islam, Muslim, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Jul 2023 16:05
Last Modified: 24 Jul 2023 16:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36178

Actions (login required)

View Item View Item