Pekerja industri filem belakang tabir di sabah: Isu, cabaran dan strategik

Rosli Sareya and Borhan Abdullah and Zairul Anuar Md Dawam and Sharip Zainal Sagkif Shek (2022) Pekerja industri filem belakang tabir di sabah: Isu, cabaran dan strategik. Gendang Alam, 12 (2). pp. 1-13.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (653kB) | Request a copy

Abstract

Pekerja belakang tabir di Malaysia khususnya di Sabah amat memerlukan perhatian khusus. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai isu yang timbul dan dikenal pasti menerusi kajian yang dijalankan. Industri perfileman di Sabah tidak cukup besar jika dibandingkan dengan industri filem di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa isu serta cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini. Sebelum COVID-19 melanda dunia, industri filem di Sabah masih berada pada tahap yang sederhana jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Keadaan bertambah buruk apabila dunia dilanda COVID-19 yang banyak menjejaskan sumber pendapatan pekerja belakang tabir mahupun industri filem di Malaysia khususnya Sabah. Justeru, kajian ini akan meneliti strategi yang boleh diketengahkan dan membantu pekerja belakang tabir dalam menghadapi cabaran semasa dan selepas pandemik ini. Bagi mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan ini, pengkaji telah melakukan sesi temu bual terhadap beberapa pengarah dan pekerja belakang tabir di negeri Sabah serta menganalisis data menerusi dapatan maklumat dari pelbagai sudut. Analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan tahap bayaran tenaga kerja serta penangguhan bayaran antara isu yang harus diberi perhatian. Hal ini menyebabkan kurangnya motivasi dalam menghasilkan karya yang lebih bermutu. Akhirnya, sesebuah karya kreatif menjadi kurang menarik dan tidak memberi kesan kepada audiens. Walau bagaimanapun, terdapat juga bantuan yang tidak putus dari kerajaan pusat khususnya Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) yang menjadi pendorong dalam membantu pekerja belakang tabir untuk terus berkarya dan bertahan.

Item Type: Article
Keyword: Pekerja belakang tabir , Isu , Cabaran , Strategik dan industri perfileman.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P1-85 General
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 27 Jul 2023 11:13
Last Modified: 27 Jul 2023 11:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36204

Actions (login required)

View Item View Item