Kepemimpinan distributif pengarah dan tekanan kerja terhadap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) zon Sabah dan Sarawak

Baidi Baddiri (2019) Kepemimpinan distributif pengarah dan tekanan kerja terhadap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) zon Sabah dan Sarawak. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 pages.pdf

Download (987kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (15MB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepemimpinan distributif dan tekanan kerja terhadap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar di ILKKM. Kajian ini memfokuskan pemerhatian terhadap analisis tahap, hubungan dan pengaruh. Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk kajian bukan experimen dengan pendekatan kajian menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan serta borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 215 orang responden yang terdiri daripada pengajar di ILKKM telah dipilih dengan menggunakan kaedah rawak secara sistematik untuk menjawab borang soal selidik. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepemimpinan distributif (m=3.77, SP=0.44) berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, analisis mengenai tahap Komitmen Organisasi (m=3.86, SP=0.39) juga menunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Manakala, tahap tekanan kerja (m=2.43, SP=0.28) pula menunjukkan pada tahap yang sederhana. Analisis korelasi di antara kepemimpinan distributif dengan komitmen organisasi menunjukkan hubungan yang kuat dengan nilai (r-=0.83, p<0.05) adalah signifikan dan berarah positif. Manakala, hubungan tekanan kerja dengan komitmen organisasi juga berada pada tahap yang sederhana dengan nilai (r-=0.54, p<0.05) adalah signifikan dan berarah positif. Selain itu, hasil analisis regresi berganda menunjukkan kepemimpinan distributif dan tekanan kerja mempengaruhi tahap komitmen organisasi pada aras yang kuat (R=0.836, p<0.05). Manakala nilai varian (R2 =0.699) bermaksud sebanyak 69.9% perubahan terhadap variabel kriterion adalah dipengaruhi oleh variabel peramal. Dapatan kajian turut menjelaskan bahawa golongan pengajar yang terlibat dalam latihan di bawah ILKKM adalah komited dengan kerjaya mereka. Justeru, dapatlah dirumuskan bahawa komitmen organisasi dapat ditingkatkan dengan amalan kepemimpinan distributif pengarah, selain menangani faktor tekanan kerja secara positif dilihat mampu meningkatkan tahap komitmen organisasi dalam kalangan pengajar khususnya di ILKKM.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kepimpinan, Tekanan kerja, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, ILKKM
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Jul 2023 11:15
Last Modified: 27 Jul 2023 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36213

Actions (login required)

View Item View Item