Hubungan efikasi guru menggunakan komsas dan pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu

Rozani Ahmad (2019) Hubungan efikasi guru menggunakan komsas dan pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (11MB)

Abstract

Kajian adalah mengenal pasti efikasi guru menggunakan KOMSAS dan pedagogi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu kepercayaan guru terhadap kemampuan mereka menggunakan KOMSAS dan Pedagogi KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Efikasi guru menggunakan KOMSAS dan pedagogi KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu penting bagi membantu guru kepada pengajaran berkesan dalam membina strategi pengajaran kepada menggalakkan penglibatan pelajar dan pembelajaran aktif disamping memberi motivasi dan menerapkan kemahiran berfikir. Pengajaran berkesan adalah petunjuk kepada peningkatan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu di bilik daljah. Kajian menggunakan teknik rawak bertujuan dan rawak mudah iaitu hanya kepada guru Bahasa Melayu sekolah menengah seluruh Sabah. Jumlah sampel kajian adalah seramai 337 responden daripada 2636 jumlah populasi berdasarkan Jadual Persampelan Bartlett et al. dan Jadual Persampelan Krejcie & Morgan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan kajian rintis yang telah dijalankan ke atas 130 orang responden, nilai Cronbach Alpha bagi kesahan instrumen yang diperolehi bagi setiap pemboleh ubah adalah masing-masing, .965, .960 dan .951. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0 serta SEM PLS. Keputusan kajian menunjukkan tahap efikasi guru menggunakan KOMSAS dan pedagogi KBAT serta tahap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu berada pada tahap tinggi. Malah terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi guru menggunakan KOMSAS dan pedagogi KBAT dengan kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Malah, keputusan kajian menunjukkan efikasi guru menggunakan KOMSAS dan pedagogi KBAT juga memberi pengaruh terhadap kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Efikasi, Kompetensi pengajaran, KOMSAS dan pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Jul 2023 11:17
Last Modified: 22 Jan 2024 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36216

Actions (login required)

View Item View Item