Reka bentuk komponen utama modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak

Ratin Wahyu Juni Atma and Juppri Bacotang (2023) Reka bentuk komponen utama modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak. Southeast Asia Early Childhood Journal (SAECJ), 12 (1). pp. 13-23. ISSN 2821-3149

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (666kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran koperatif jenis padanan merupakan pendekatan yang sesuai digunakan untuk mengajar perbendaharaan kata kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen utama reka bentuk modul pembelajaran koperatif jenis padanan bagi kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak berdasarkan kesepakatan pakar. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang guru dan pensyarah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang dipilih berdasarkan persampelan tujuan. Dalam kajian ini, kaedah Fuzzy Delphi (FDM) menggunakan lima skala Likert digunakan untuk mengumpulkan data kesepakatan pakar. Data dianalisis menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan Defuzzification Process. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam komponen utama bagi reka bentuk modul pembelajaran koperatif jenis padanan bagi kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak, iaitu objektif pembelajaran, standard pembelajaran, tema-tema pembelajaran, langkah-langkah pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan penilaian pembelajaran. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membina reka bentuk komponen utama modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata bahasa Indonesia kanak-kanak yang sistematik dan sesuai dengan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak 2013 di Indonesia. Implikasi kajian ini ialah reka bentuk komponen utama modul pembelajaran koperatif jenis padanan untuk kemahiran perbendaharaan kata Bahasa Indonesia kanak-kanak dapat digunakan sebagai panduan pendidikan untuk menjalankan pembelajaran perbendaharaan kata.

Item Type: Article
Keyword: Reka bentuk, Komponen utama, Modul pembelajaran, Pembelajaran koperatif jenis padanan, Perbendaharaan kata
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1140-1140.5 Preschool education. Nursery schools
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 31 Jul 2023 16:17
Last Modified: 31 Jul 2023 16:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36250

Actions (login required)

View Item View Item