Thaddeus Peter and Ang Kean Hua and Lindah Roziani Jamru and Ridzuan Abd Gafor (2022) Implikasi pandemik covid-19 terhadap usahawan Pelancongan skala mikro di daerah Ranau, Sabah. Journal of tourism, Hospitality and Environment management, 7. pp. 1-14.
Text
ABSTRACT.pdf Download (39kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (373kB) | Request a copy |
Abstract
Pelancongan di Malaysia masih menjadi penyumbang pendapatan ketiga terbesar selepas industri perkilangan dan petroleum. Pelancongan boleh dikatakan satu-satunya alternatif sektor industri yang boleh memperkenalkan sesuatu tempat menarik yang tersorok di sesuatu tempat sehingga ke peringkat dunia. Secara tidak langsung, keadaan ini mampu menjana pendapatan dan mengurangkan jurang kemiskinan dalam kalangan penduduk tempatan. Kajian penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji implikasi pandemik COVID-19 terhadap pelancongan berskala mikro di daerah Ranau, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual yang berlangsung pada Oktober hingga Disember 2021. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam kalangan pengusaha pelancongan mikro di daerah Ranau mendapati kebanyakkan daripada mereka amat terkesan dengan Pandemik COVID-19 ini. Di samping itu, kajian ini juga berjaya mengumpul dan menemukan beberapa dapatan penting berhubung dengan impak pandemik COVID-19 terhadap usahawan pelancongan skala mikro di Ranau, Sabah. Kesimpulannya, walaupun pelbagai kekangan yang perlu dihadapi oleh penyelidk, namun penyelidik tidak putus asa terutama dalam mendapatkan informan-informan yang sudi untuk ditemubual secara online oleh penyelidik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pelancongan Skala Mikro , COVID-19 , Implikasi Pandemik , Usahawan |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 04 Aug 2023 16:43 |
Last Modified: | 04 Aug 2023 16:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36287 |
Actions (login required)
View Item |