Tai Thau Bin (2007) Kepelbagaian dan kelimpahan anura di habitat sungai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
24 PAGES..pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Satu kajian kepelbagaian dan kelimpahan spesies Anura di habitat sungai telah dijalankan di Sungai Tobobon, Kampung Lobou, Menggatal, Sabah. Persampelan dijalankan sebanyak 12 kali dari Oktober 2006 hingga Januari 2007 di setiap kawasan kaj ian dengan selang masa lebih k:urang empat bulan. Bagi setiap lawatan, persampelan dilakukan dengan menggunakan kaedah transek 250 m x 10 m pada waktu malam. Pada waktu pagi, persampelan berudu dilakukan. Sebanyak 122 individu spesies Anura telah disampelkan dalam kajian ini yang boleh dikategorikan kepada tiga famili sahaja iaitu famili Bufonidae, Ranidae dan Rhacophoridae, manakala bagi berudu terdiri daripada famili Megophyridae, Bufonidae dan Ranidae. Spesies Anura yang ditemui terdiri daripada lapan spesies sahaja iaitu Limnonectes kuhlii, Rana chalconota, Fejervarya limnocharis, Limnonectes ingeri, Rhacophorus pardalis, Bufo divergens, Polypedates leucomystax dan Rana glandulosa. Indeks kepelbagaian Simpson menunjukkan kepelbagaian yang sederhana iaitu 0.5599 dan keseragaman spesies, 0.2840. L. kuhlii merupakan spesies yang paling dominan dan menunjukkan kelimpahan yang paling tinggi dalam kajian ini. Mikrohabitat yang paling digemari oleh spesies Anura adalah atas batu.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Anura, Habitat sungai, Sabah |
Subjects: | Q Science > QL Zoology > QL1-991 Zoology > QL605-739.8 Chordates. Vertebrates > QL640-669.3 Reptiles and amphibians |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2023 15:18 |
Last Modified: | 15 Aug 2023 15:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36408 |
Actions (login required)
View Item |