Zarifah Muda (2008) Amalan penilaian kesan kepada alam sekitar di Kota Kinabalu: Analisis SWOT. Universiti Malaysia Sabah. (Submitted)
Text
24 PAGES.pdf Download (4MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (27MB) |
Abstract
Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) merupakan satu pendekatan terbaik dalam proses pemuliharaan alam sekitar. Terdapat banyak isu dan halangan dalam amalan EIA dikenalpasti melalui kajian yang terdahulu. Sehubungan itu, analisis SWOT (Strength, Weakness,Opportunity and Threat) dijalankan bagi mengenalpasti keempat-empat aspek analisis itu sendiri iaitu kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap amalan EIA khasnya di Kota Kinabalu. Kajian literatur, soal selidik serta penilaian laporan EIA berdasarkan kaedah Lee-Colley Environmental Statement Review Package dijalankan bagi menentukan keempat-empat aspek dalam analisis tersebut. Secara amnya, hasil daripada kaedah-kaedah ini, dapat dilihat bahawa keempat-empat aspek analisis SWOT yang dikaji memainkan peranan yang penting dalam penilaian keberkesanan amalan EIA di Kota Kinabalu. Melalui kaedah LeeColley, banyak kelemahan dan halangan seperti kekurangan data dalam proses penyediaan laporan EIA, kelemahan dalam meramal impak-impak serta kekurangan idea dalam mencadangkan altematif-altematif untuk kaedah mitigasi dikenalpasti terutamanya dalam bahagian pengenalpastian impak utama serta bahagian altematif dan mitigasi. Kelemahan-kelemahan ini menyumbang kepada kemerosotan kualiti laporan-laporan EIA yang seterusnya menjadikan amalan EIA di Kota Kinabalu kurang efektif. Kesimpulannya, setiap aspek analisis mampu mencorak serta membentuk amalan EIA sama ada dalam meningkatkan keberkesanannya ataupun sebaliknya. Ini menunjukkan betapa pentingnya setiap aspek tersebut dalam melakukan penilaian terhadap keberkesanan amalan EIA di Kota Kinabalu, khasnya.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Penilaian kesan kepada alam sekitar, SWOT, Kota Kinabalu |
Subjects: | Q Science > QH Natural history > QH301-705.5 Biology (General) > QH540-549.5 Ecology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 08 Aug 2023 15:43 |
Last Modified: | 08 Aug 2023 15:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36411 |
Actions (login required)
View Item |