Roni Anak Sigai (2007) Kandungan Total Coliform dan Faecal Coliform di perairan Pantai Teluk Likas. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000440.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian kandungan Total Coliform dan Faecal Coliform di perairan pantai Teluk Likas telah dijalankan pada bulan Disember 2006 dan Januari 2005. Empat stesen pensampelan dipilih untuk kajian ini dan setiap stesen terdiri daripada 5 substesen yang berjarak 0 meter,50 meter,100 meter, 150 meter, dan 200 meter daripada point source. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan dan membandingkan bilangan Total Coliform dan Faecal Coliform di dalam air laut Teluk Likas semasa air pasang dan air surut dan untuk mengenalpasti point source utama yang menyumbang kepada kehadiran Total Coliform dan Faecal Coliform ke dalam air laut Teluk Likas.Kaedah Penurasan Membran yang berdasarkan Standards Methods APHA telah digunakan untuk analisis makmal dengan masa pengeraman 24jam pada suhu 37°C bagi Total Coliform dan 44°C bagi Faecal Coliform.Kajian mendapati terdapat perbezaan bagi bilangan Faecal Coliform semasa air pasang dan air surut dimana bilangan Faecal Coliform didapati lebih tinggi semasa air surut.Julat bilangan Total Coliform adalah 150-1970 CFU 100 ml‾¹ dan julat bilangan Faecal Coliform adalah 20-280 CFU 100 ml‾¹.Punca utama pencemaran di pantai ini adalah longkang-longkang yang menyalurkan air sisa dari kawasan peru mahan,perindustrian,perbandaran yang berbampiran. Ujian statistik korelasi Spearman menunjukkan terdapat bubungan korelasi negatif pH dengan Total Coliform (rѕ=-0.482,p<0.01) dan Faecal Coliform (rѕ=-0.426,p<0.01) serta saliniti dengan Total Coliform (rѕ=-0.427,p<0.0l) dan Faecal Coliform (rѕ=-0.381,p<0.01).Korelasi positif juga wujud di antara bilangan Total Coliform dan Faecal Coliform (rѕ=0.69J,p<0.01).Kajian ini menunjukkan bahawa air laut di perairan pantai Teluk Likas adalah tidak tercemar dengan bilangan Total Coliform dan Faecal Coliform iaitu menepati Piawaian Kebangsaan Interim Kualiti Air Malaysia 1987 dalam kelas IIB seperti yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk kegunaan rekreasi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Faecal, Coliform, Likas lagoon, Sabah |
Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Jan 2012 11:50 |
Last Modified: | 11 Oct 2017 16:46 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/367 |
Actions (login required)
View Item |