Hubungan kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah

Annilin Apat (2013) Hubungan kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (739kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Menengah Daerah Penampang, Sabah. Analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti peratus, bilangan dan nilai min skor digunakan bagi menganalisis pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Analisis inferensi digunakan untuk menguji hipotesis menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Satu set soal selidik yang mengandungi 38 item telah diedarkan kepada responden. Seramai 150 orang responden telah menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang yang mengajar pelajar Tingkatanl dan Tingkatan 2. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPPS) versi 21.0 untuk mengira kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah Pekali Alpha Cronbach=0.938. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan kuat antara kesediaan guru dari segi sikap (r=0.563, p<0.01) dan penguasaan kemahiran (r=0.551, p<0.01) dengan pelaksanaan PBS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah Daerah Penampang bersedia dari segi sikap dan penguasaan kemahiran untuk melaksanakan PBS pada tahap yang tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS, Sekolah Menengah, Penampang
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline > LB3050-3060.87 Educational tests, measurements, evaluations and examinations
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Sep 2023 09:54
Last Modified: 14 Sep 2023 09:54
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36739

Actions (login required)

View Item View Item