Keberkesanan kaedah makmal inkuri terhadap pemahaman konsep sains dan persepsi terhadap persekitaran pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan 1

Emiliani Mus Matius (2013) Keberkesanan kaedah makmal inkuri terhadap pemahaman konsep sains dan persepsi terhadap persekitaran pembelajaran dalam kalangan pelajar tingkatan 1. Masters thesis, School of Education and Social Development.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (963kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan untuk menentukan kesan kaedah makmal inkuiri terhadap pemahaman konsep sains dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 dan persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran dalam makmal. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah luar bandar dan melibatkan seramai 72 orang pelajar yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Ujian pra dan ujian pasca dijalankan bagi menganalisis kefahaman konsep sains di kalangan pelajar dalam kedua-dua kumpulan.Dalam kajian ini, Science Laboratory Environment Inventory (SLEI) digunakan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran dalam Sains. Data dianalisis dengan menggunakan pengaturcara Pakej Statistik, Statistical Package for Social Science' (SPSS) Version 20.0. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah makmal inkuiri dalam aktiviti praktikal dapat membantu pelajar memahami konsep sains dengan lebih baik. Demikian juga persepsi pelajar terhadap persekitaraan pembelajaran menjadi lebih positif setelah kaedah makmal inkuiri diaplikasikan dalam P & P sains

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sains, Pelajar ,Tingkatan 1, Pembelajaran, Makmal
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Sep 2023 09:56
Last Modified: 14 Sep 2023 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36750

Actions (login required)

View Item View Item