Hubungan antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPKS) di sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu

George Jod Bungas (2013) Hubungan antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPKS) di sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (976kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara persepsi guru dengan impak pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah (SPKS) di sekolahsekolah di daerah Kota Marudu. Seramai 200 orang responden telah dipilih secara rawak. Terdapat 3 persoalan kajian dikemukakan oleh pengkaji. Data kajian dianalisis menggunakan Perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) For Windows (Version 20.0) berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan, sisihan piawai dan min serta statistik inferensi iaitu Ujian-t dan Anova Satu Hala. Pengkaji telah berjaya menjawab kesemua objektif kajian yang dikemukakan. Antara objektif kajian yang dikemukakan termasuklah mengenalpasti perbezaan skor min yang signifikan persepsi guru selepas pelaksanaan SPKS di sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu berdasarkan jantina dan kelayakan akademik, mengenalpasti perbezaan skor min yang signifikan kesan pelaksanaan SPKS terhadap guru di daerah Kata Marudu berdasarkan jantina dan kelayakan akademik serta mengenalpasti hubungan yang signifikan di antara persepsi guru dengan kesan pelaksanaan SPKS terhadap guru-guru di daerah Kata Marudu. Dapatan kajian ini dijangka akan memberi manfaat kepada pengkaji, sekolah dan kepada pihak yang berkenaan termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Persepsi guru, Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah, SPKS, Kota Marudu
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Sep 2023 09:56
Last Modified: 14 Sep 2023 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36751

Actions (login required)

View Item View Item