Sikap, minat dan tahap pencapaian murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam

Noorziean Mohd Tairudin (2013) Sikap, minat dan tahap pencapaian murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (928kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sikap dan minat murid dengan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Untuk pengumpulan data kaedah kuantitatif telah dipilih dengan menggunakan kaedah tinjauan. Manakala pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan teknik rawak berstrata mudah iaitu seramai 152 orang responden terdiri dalam kalangan murid-murid tahun lima yang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah Kebangsaan jenis gred B dalam daerah Papar. Instrumen yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mempunyai 4 bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pencapaian murid sekolah rendah di daerah Papar adalah rendah ( min= 1.94 ), manakala tahap minat dan sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam masing-masing berada pada tahap sederhana ( min= 3.4 ) dan tinggi ( min= 3.87 ). Hubungan antara sikap dengan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam adalah rendah ( r=0.242, p<0.01 ). Secara keseluruhannya melalui dapatan kajian terdapat hubungan antara sikap dan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sikap, Minat, Pencapaian murid, Pendidikan Islam,
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Sep 2023 12:25
Last Modified: 11 Sep 2023 12:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/36754

Actions (login required)

View Item View Item