Sejarah Pembangunan Ekonomi Sabah: Cabaran Pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2yep) Sebagai Strategi Pembasmian Kemiskinan

Joshua Anak Jalin and Marsitah Mohd Radzi (2022) Sejarah Pembangunan Ekonomi Sabah: Cabaran Pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2yep) Sebagai Strategi Pembasmian Kemiskinan. Jurnal Borneo Akhailogia, 7 (1). pp. 259-283.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (417kB)

Abstract

Dalam sejarah pembangunan ekonomi sejak mula bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, banyak cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dan masyarakat dalam membangunkan ekonomi negeri Sabah. Walaupun pelbagai isu sering dipolitikkan dan diperdebatkan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan perbezaan jurang pembangunan ekonomi masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak menjadi gabungan dalam pembentukan Malaysia, Sabah masih tetap berdiri sebagai sebuah negeri yang berdaulat sehingga hari ini. Dalam mendepani perbezaan jurang ekonomi dalam kalangan masyarakat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar pembangunan yang berteraskan kepada pembasmian kemiskinan serta meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pelaksanaan dasar-dasar ini tidak dinafikan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan nasional secara umum, iaitu insiden kemiskinan mutlak negara terus menurun setiap tahun daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 12.4 peratus pada tahun 1992 dan seterusnya kepada 6 peratus pada tahun 2002, dan 5.6 peratus pada tahun 2019. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah. Hal ini terbukti apabila direkodkan bahawa Sabah mempunyai kadar kemiskinan negara tertinggi sejak 2004 hingga 2019. Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tertinggi sejak 2010 hingga 2015. Senario ini seolah-olah menggambarkan bahawa program pembangunan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan tidak mendatangkan kesan ketara kepada taraf hidup masyarakat Sabah. Justeru, artikel ini membincangkan cabaran dalam dasar pembangunan ekonomi masyarakat di Sabah melalui pelaksanaan 2 Years Exit Programme (2YEP) sebagai strategi pembasmian kemiskinan di Sabah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat program ini adalah untuk membantu penerima bantuan menerapkan kesedaran untuk berubah dan berusaha menjana pendapatan serta hidup berdikari tanpa bergantung pada bantuan kerajaan sebagai sara hidup. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif kajian kes. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga cabaran dalam menjayakan 2YEP di Sabah iaitu, cabaran organisasi cabaran dalaman dan cabaran luaran.

Item Type: Article
Keyword: Kemiskinan, pembangunan ekonomi, 2 Years Exit Programme (2YEP)
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:39
Last Modified: 19 Sep 2023 10:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37268

Actions (login required)

View Item View Item