Memupuk Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Sejarah

Lee, Bih Ni and Nurul Asyikin Hassan (2023) Memupuk Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam Pengajaran Sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 11. pp. 81-87. ISSN 1985-3637

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (278kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan pemupukan kemahiran pemikiran Sejarah dalam pengajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan sebagai mata pelajaran di peringkat rendah pada tahun 2013. Mata pelajaran Sejarah Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan sebagai mata pelajaran di peringkat rendah pada tahun 2013 untuk Tahap 2 bermula Tahun 4 dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari. Ini bertujuan untuk menyemai kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah pada peringkat awal agar pelajar memperoleh dan menguasai ilmu dan kemahiran Sejarah. Kaedah penyelidikan ialah gabungan komponen atau elemen untuk membentuk satu keseluruhan yang bersambung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebelum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan pada tahun 1983, mata pelajaran Sejarah dahulunya dikenalisebagai Tawarikh telah diajar di sekolah rendah kepada murid Darjah 4, Darjah 5 dan Darjah 6. Dalam KBSR, unsur sejarah dimasukkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang dipelajari di Tahap 2 bagi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) digubal berdasarkan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan tunjang KSSR iaitu i) komunikasi; ii) Perkembangan Fizikal & Estetik; iii) Kemanusiaan; iv) Kemahiran Peribadi; v) Sains dan Teknologi dan vi) Kerohanian, sikap dan nilai. Mata pelajaran Sejarah KSSR juga digubal berdasarkan prinsip yang sama dengan menekankan domain kognitif, berkesan dan psikomotor serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, pengajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat .

Item Type: Article
Keyword: Kemahiran Pemikiran Sejarah, Pengajaran Sejarah, Pemikiran Kritikal
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General) > D1-24.5 General
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Sep 2023 10:46
Last Modified: 19 Sep 2023 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37272

Actions (login required)

View Item View Item