Angelina anak Ansley (2014) Sejarah perubahan sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong di daerah Serian, Samarahan, Sarawak : 1963-2010. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (981kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (27MB) |
Abstract
Masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong ialah salah satu kumpulan peribumi luar bandar yang masih ketinggalan dari aspek pembangunan sosioekonomi. Sejak kemerdekaan sehingga tahun 2010, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan taraf sosial dan ekonomi penduduk luar bandar, termasuklah masyarakat Bidayuh BukarSadong. Dalam aspek sosial, kerajaan telah memperuntukan kemudahan dalam aspek pendidikan, kesihatan, jalan raya, elektrik dan air. Pembangunan aspek ekonomi ialah dengan memberikan skim bantuan daripada Jabatan Pertanian dan projek pambangunan tanah oleh SALCRA. Usaha pembangunan sosial dan ekonomi memberikan kesan terhadap taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong. Kesan yang dialami masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong dilihat menerusi dua tahap iaitu sebelum dan selepas tahun 1980. Sebelum tahun 1980, penyediaan aspek sosial dan ekonomi oleh kerajaan adalah kurang memuaskan dan kesannya, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh BukarSadong masih mundur. Selepas tahun 1980, pembangunan aspek sosial dan ekonomi semakin memuaskan ekoran perlaksanaan projek pembangunan tanah oleh SALCRA. Waiau bagaimanapun, disebabkan terdapatnya isu, cabaran dan keluhan daripada masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong, sehingga tahun 2010, taraf sosioekonomi masyarakat Bidayuh Bukar-Sadong masih mundur. Pendekatan kualitatif telah digunakan untuk menjelaskan data berasaskan sumber primer, sumber lisan, sumber sekunder. Hasil kajian ini penting kepada usaha memahami proses pembangunan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat luar bandar di Sarawak.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Sosioekonomi, Masyarakat, Bidayuh Bukar-Sadong, Sarawak |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 02 Oct 2023 14:56 |
Last Modified: | 02 Oct 2023 14:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37387 |
Actions (login required)
View Item |