Pemodelan Lokasi Strategik Perniagaan Restoran Francais Menggunakan Aplikasi Gis: Satu Kajian Literatur

Juniattie Sutim and Oliver Valentine Eboy (2023) Pemodelan Lokasi Strategik Perniagaan Restoran Francais Menggunakan Aplikasi Gis: Satu Kajian Literatur. Jurnal Komunikasi Borneo, 11. pp. 90-103.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (244kB)

Abstract

Sistem Maklumat Geografi (GIS) ialah satu teknologi berasaskan komputer terkini yang membantu dalam pemprosesan data geografi untuk mencipta maklumat digital dan pemetaan, serta analisis item yang terdapat di permukaan bumi dan berkesan dalam mengkaji hubungan spatial dan data atribut yang tersedia. Aplikasi GIS ini mampu digunakan dalam pemilihan tapak atau lokasi strategik dengan mengambilkira beberapa parameter atau faktor yang dipertimbangkan untuk memilih premis perniagaan yang sesuai dan ideal. Hasil daripada analisis menggunakan aplikasi GIS ini akan menghasilkan peta yang dijadikan sebagai rujukan kepada pembuat keputusan seperti francaisor atau peniaga- peniaga dalam membuat keputusan perletakan premis perniagaan mereka bagi meningkatkan keuntungan perniagaan dan kualiti perniagaan. Perancang strategik dan pembuat keputusan memerlukan perisian yang boleh digunakan serta mudah bagi menyokong pembuatan keputusan lokasi spatial mereka. Oleh itu, aplikasi GIS ini diintegrasikan dalam pembuatan keputusan pemilihan lokasi perniagaan yang strategik. Mereka memerlukan aplikasi yang boleh menawarkan gambaran visual lokasi semasa dan cadangan sambil mengambil kira faktor seperti demografi, lokasi runcit, pasaran serantau dan faktor lain dengan menggunakan model regresi untuk mencari lokasi ideal yang berpotensi. Oleh itu, kajian literatur ini ingin dijalankan bagi mengkaji model analisis dalam aplikasi GIS dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi strategik perniagaan melalui kajian-kajian lepas yang sesuai digunakan.

Item Type: Article
Keyword: Model regresi; lokasi perniagaan; GIS; pembuatan keputusan lokasi; perniagaan francais
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA71-90 Instruments and machines > QA75.5-76.95 Electronic computers. Computer science
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Sep 2023 10:25
Last Modified: 26 Sep 2023 10:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37416

Actions (login required)

View Item View Item