Pembangunan Kejiranan Mampan Di Malaysia: Isu Dan Cabaran

Catherine Anak Liom and Ubong Imang (2023) Pembangunan Kejiranan Mampan Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. Jurnal Komunikasi Borneo (JKOB), 11. pp. 104-121.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (37kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (181kB)

Abstract

Pembangunan mampan merupakan agenda utama bagi kebanyakan negara dunia termasuklah Malaysia dalam mengekalkan kemampanan alam sekitar, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Konsep pembangunan mampan penting untuk diterapkan di kawasan perumahan bagi mewujudkan sesebuah kejiranan yang terancang dan sejahtera didiami. Dalam usaha kearah pembangunan kejiranan mampan isu dan cabaran mewujudkan kejiranan mampan mampan wajar dikenalpasti dan difahami. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan yang dibincangkan dalam kajian ini bersandarkan kepada data sekunder yang diperolehi dari pelbagai sumber termasuklah jurnal, buku, bahan bercetak kerajaan dan artikel dari surat khabar. Sumber elektronik pula menerusi platform penyelidikan seperti Scopus, Science Direct, Google Scholar, Academia dan sumber lain yang berkaitan digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan isu dan cabaran pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Hasil kajian mendapati pembangunan kejiranan mampan di Malaysia berdepan dengan pelbagai isu kejiranan mampan dari segi aspek sosial, persekitaran fizikal dan ekonomi manakala dari segi cabaran pula adalah dari segi aspek profesional, ekonomi dan masyarakat. Sehubungan itu, bagi mewujudkan kejiranan yang mampan, selain kerajaan, pihak seperti pemaju dan komuniti kejiranan juga perlu memahami isu dan cabaran sedia ada supaya dapat memberi sokongan dalam mencapai pembangunan kejiranan mampan di Malaysia. Katakunci: Pembangunan, Kejiranan Mampan, Isu, Cabaran

Item Type: Article
Keyword: Pembangunan, Kejiranan Mampan, Isu, Cabaran
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Sep 2023 10:52
Last Modified: 26 Sep 2023 10:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37424

Actions (login required)

View Item View Item