Konseptual Kualiti Kerja Ekonomi Gig Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Semasa Pandemik Covid-19: Satu Analisis Sorotan Literatur Sistematik

Nurul Hafiza Labin and Dzurizah Ibrahim (2023) Konseptual Kualiti Kerja Ekonomi Gig Dan Faktor Yang Mempengaruhinya Semasa Pandemik Covid-19: Satu Analisis Sorotan Literatur Sistematik. Jurnal Komunikasi Borneo, 11. pp. 202-213.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (281kB)

Abstract

Kualiti pekerjaan ekonomi gig dapat dikonsepkan sebagai suatu kondisi pekerjaan yang tidak teguh iaitu kurang jaminan dari aspek upah, keselamatan dan kesihatan menyebabkan pekerja berdepan dengan kemerosotan kualiti pekerjaan. Namun begitu, konsep yang mengambil kira senario pandemik masih kurang dibincangkan dalam kajian kontemporari. Hal ini disebabkan bentuk kualiti pekerjaan adalah berbeza berdasarkan faktorfaktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, analisis sorotan sistematik ini dilaksanakan bagi meneroka konsep dan faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan ekonomi gig dengan kira pandemik COVID-19, menggunakan kaedah PRISMA. Kaedah ini adalah suatu analisis menerusi proses inclusion, exclusion, dan eligibility berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Hasil analisis yang dilaksanakan, terdapat tujuh tema yang dibincangkan mengenai konseptual kualiti pekerjaan ekonomi gig semasa pandemik iaitu (1) ketidaktentuan pendapatan; (2) persekitaran pekerjaan tidak selamat; (3) tiada jaminan pekerjaan; (4) autonomi dan fleksibiliti terbatas; (5) tiada penghormatan pekerjaan; (6) tiada manfaat perlindungan sosial; dan (7) kandungan pekerjaan tidak menentu. Manakala terdapat lima tema ditemukan bagi faktor mempengaruhi kualiti pekerjaan tersebut iaitu (1) kondisi ketidakteguhan pekerjaan; (2) sistem teknologi algoritma; (3) pasaran buruh; (4) peranan badan/institusi/kerajaan; dan (5) peranan pelanggan. Dapatan analisis ini diharap dapat dijadikan sumbangan bermakna dalam konteks kajian kualiti pekerjaan dan ekonomi gig.

Item Type: Article
Keyword: Sorotan literatur sistematik, Ekonomi gig, Kualiti pekerjaan, COVID-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6951-6957 Industrial sociology. Social conditions of labor
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Sep 2023 15:32
Last Modified: 26 Sep 2023 15:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37430

Actions (login required)

View Item View Item