Strategi Semasa Berhadapan Situasi Pandemik Covid-19 Dalam Industri Perhotelan Di Kota Kinabalu, Sabah

Muhammad Aiman Danial Abu Bakar and Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof (2023) Strategi Semasa Berhadapan Situasi Pandemik Covid-19 Dalam Industri Perhotelan Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo, 11. pp. 235-250.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (260kB)

Abstract

Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kelangsungan operasi sesebuah organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi harian dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara sektor perkhidmatan non-esesstial yang terjejas khususnya adalah industri perhotelan di Malaysia. Di samping itu, organisasi tersebut terpaksa menutup atau menghentikan sementara operasi organisasi ketika di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Berdasarkan senario semasa, di mana kertas kajian ini membincangkan dimensi dalam prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan dalam organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu-bual dua orang Pengurus Sumber Manusia dalam sektor perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil dapatan kajian mendapati pihak pengurusan sumber manusia di organisasi hotel tersebut mengunakan pakai ketiga-tiga dimensi prestasi organisasi sebagai indikator kearah perubahan kestabilan selepas mengalami kejatuhan prestasi organisasi ketika (PKP) akibat pandemik COVID-19. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan dimensi dalam prestasi organisasi. Dimensi prestasi organisasi dari perpekstif prestasi bukan kewangan yang terdiri daripada tiga (3) dimensi iaitu: kepimpinan, komunikasi dan produktiviti organisasi. Penelitian awal ini memerlukan sokongan teoritikal, bagi melihat sejauh mana hala tuju organisasi dalam mengamalkan pendekatan dimensi prestasi organisasi dalam sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.

Item Type: Article
Keyword: Prestasi organisasi, sektor perhotelan, pandemik COVID-19, Pengurusan Sumber Manusia
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 02 Oct 2023 15:05
Last Modified: 02 Oct 2023 15:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37436

Actions (login required)

View Item View Item