Teknik pelajar bukan Muslim belajar bertutur bahasa Arab secara dalam talian

Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid and Wan Muhammad Wan Sulong and Nik Farhan Mustapha and Mohd Azidan Abd Jabar (2022) Teknik pelajar bukan Muslim belajar bertutur bahasa Arab secara dalam talian. GEMA Online: Journal of Language Studies, 22 (4). pp. 327-350. ISSN 1675-8021

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (65kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (420kB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia yang dahulunya hanya melibatkan pelajar beragama Islam, kini mempunyai tahap penglibatan yang ketara dalam kalangan masyarakat tempatan yang bukan Muslim. Mempelajari bahasa Arab bagi pelajar bukan Muslim bukanlah sesuatu yang mudah sekalipun pada tahap permulaan. Keadaan menjadi lebih mencabar sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dengan peralihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka kepada mod dalam talian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti teknik pembelajaran yang digunakan pelajar bukan Muslim untuk mempelajari kemahiran bertutur bahasa Arab secara dalam talian. Kajian kualitatif ini melibatkan temu bual ke atas enam orang pelajar bukan Muslim pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengikuti kursus bahasa Arab tahap 2. Hasil kajian mendapati pelajar bukan Muslim dapat mengikut rentak dan proses pembelajaran kemahiran bertutur secara dalam talian walaupun pada awalnya mereka terpaksa berhadapan dengan kesukaran kerana tidak mempunyai asas bahasa Arab. Kejayaan tersebut ditunjangi oleh penguasaan kemahiran membaca teks Arab dan kemahiran menulis huruf Arab. Berbekalkan dua kemahiran tersebut pelajar telah menunjukkan 22 teknik pembelajaran yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan tujuan penggunaannya, iaitu teknik terjemahan teks bahasa Melayu - Arab, teknik membaca teks Arab tidak berbaris dan teknik memperbaik pertuturan bahasa Arab. Kajian ini mencadangkan agar usaha lebih giat dilakukan pada kajian akan datang berhubung penerokaan potensi Komunikasi Lisan Berasaskan Multimedia Tidak Segerak (AMOC) dalam membantu pelajar tahap pemula belajar bertutur bahasa Arab.

Item Type: Article
Keyword: Teknik belajar, Bahasa Arab, Pelajar bukan Muslim, Kemahiran bertutur, Pengajaran dan pembelajaran dalam talian
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Oct 2023 12:10
Last Modified: 05 Oct 2023 12:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37464

Actions (login required)

View Item View Item