Hubungan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik pelajar diploma program kerjasama kolej Yayasan Sabah-UTM

Jusvinia Jerinius (2013) Hubungan antara persekitaran pembelajaran matematik dengan pencapaian matematik pelajar diploma program kerjasama kolej Yayasan Sabah-UTM. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (852kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini menilai persepsi 130 pelajar Matematik diploma program kerjasama Kolej Yayasan Sabah-UTM dan mengkaji hubungan antara persekitaran pembelajaran Matematik dengan pencapaian pelajar. Kajian ini juga menguji sama ada faktor demografi seperti jantina, lokasi asal dan status sosioekonomi keluarga pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar. Instrumen soal selidik What Is Happening In This Class? (WIHIC) yang diubahsuai digunakan untuk menilai persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Data yang dikumpul kemudiannya diselaraskan dengan pencapaian pelajar yang diukur dengan markah keseluruhan (kerja kursus dan peperiksaan akhir semester). Kaedah analisis deskriptif dan juga ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson menggunakan perisian SPSS (versi 14.0) dijalankan ke atas data yang dikumpul. Keputusan menunjukkan bahawa jantina dan lokasi asal pelajar tidak memberi perbezaan yang signifikan ke atas pencapaian pelajar tetapi status sosioekonomi keluarga pelajar adalah sebaliknya. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran dan pencapaian pelajar. Analsis terperinci menunjukkan bahawa tiga daripada lapan aspek persekitaran pembelajaran iaitu berorientasikan tugas, pengajaran dan sokongan pensyarah dan kerjasama antara pelajar menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Persekitaran pembelajaran matematik, Pencapaian pelajar dalam matematik, What Is Happening In This Class, WIHIC
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Oct 2023 15:33
Last Modified: 13 Oct 2023 15:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37488

Actions (login required)

View Item View Item