Perkaitan antara hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Kota Belud

Rosnani Sidin (2013) Perkaitan antara hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (768kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Tingkah laku delinkuen pelajar asrama merupakan salah satu masalah yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak masa kini. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti permasalahan ini dengan meninjau perkaitan tingkah laku delinkuen dengan hubungan kekeluargaan, pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi. Responden kajian terdiri daripada pelajar-pelajar asrama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan daerah Kata Belud. Kajian ini melibatkan 160 orang pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada 90 orang pelajar lelaki dan 70 orang pelajar perempuan. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap tingkah laku delinkuen serta analisis inferensi iaitu Korelasi Pearson dan Analisis Regresi Berganda untuk mengenal pasti hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap tingkah laku delinkuen pelajar asrama pada tahap yang rendah dengan min 1.55, hubungan kekeluargaan pada tahap yang sederhana dengan min 3.66, pengaruh rakan sebaya pada tahap sederhana dengan min 2.96 dan kecerdasan emosi pada tahap sederhana dengan min 3.31. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan kekeluargaan dan kecerdasan emosi dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh rakan sebaya dengan tingkah laku delinkuen pelajar asrama iaitu pada tahap yang rendah. Keputusan hasil Analisis Regresi Berganda pula menunjukkan pemboleh ubah pengaruh rakan sebaya dan kecerdasan emosi menyumbang kepada tingkah laku delinkuen pelajar asrama.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tingkah laku delinkuen, Sekolah menengah, Pelajar asrama
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 13 Oct 2023 15:36
Last Modified: 13 Oct 2023 15:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37490

Actions (login required)

View Item View Item