Juriany Ho Shu Khem @ Juriany Jefferi (2014) Pengaruh sikap terhadap Sains dan proses pengajaran guru ke atas literasi Sains. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) |
Abstract
Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sikap terhadap sains dan proses pengajaran guru ke atas literasi sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di bandar dan luar bandar Sabah. Kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan ini melibatkan seramai 272 orang pelajar aliran sains sahaja. Set ujian PISA 2006 digunakan bagi mengukur tahap literasi pelajar manakala soal selidik digunakan sebagai instrumen yang mengkaji sikap terhadap sains dan persepsi pelajar mengenai proses pengajaran guru. Analisis data kajian adalah menggunakan perisisan SPSS versi 15. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai manakala statistik inferensi yang digunakan adalah Ujian-t, Kolerasi Pearson dan Regresi Berganda. Dapatan utama kajian menunjukkan secara keseluruhan, kedua-dua variabel tidak bersandar kajian (sikap terhadap sains dan proses pengajaran guru) mempengaruhi secara signifikan terhadap varibel bersandar (literasi sains). Namun terdapat perbezaan variabel tidak bersandar yang mempengaruhi variabel bersandar mengikut lokasi (bandar dan luar bandar). Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan sikap terhadap sains dan tahap literasi berdasarkan lokasi. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan sikap terhadap sains pelajar di luar bandar adalah positif berbanding pelajar di bandar. Bagi tahap literasi sains pula, pelajar di bandar adalah tinggi berbanding pelajar di luar bandar. Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan nilai tambah kepada sistem pendidikan amnya dan aspek pendidikan sains khususnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Sains, Pengajaran, Pelajar aliran sains, Luar bandar, Sabah |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) > Q1-390 Science (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Oct 2023 10:41 |
Last Modified: | 30 Oct 2023 10:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37533 |
Actions (login required)
View Item |