Pengambilkiraan elemen kearifan tempatan dalam gagasan fiqh sabahi: Satu lontaran idea

Syamsul Azizul Marinsah and Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Abang Mohd Razif Abang Muis and Mohd Zulfiqar Jamudin (2023) Pengambilkiraan elemen kearifan tempatan dalam gagasan fiqh sabahi: Satu lontaran idea. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 8. pp. 453-463.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (299kB)
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (38kB)

Abstract

Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri hasil interaksi dengan pelbagai tamadun dan agama, yang besinergi dengan berbagai unsur sinkretisme. Hasil daripada campur tangan golongan cerdik pandai tempatan yang mengadunkan antara budaya tradisi dan syariat Islam, telah mencetuskan berbagai corak keilmuan dan kearifan tempatan. Dalam disiplin ilmu Syariah, kearifan tempatan mempunyai signifikan yang tersendiri dalam proses pembinaan hukum Islam. Pengambilkiraan kearifan tempatan ini sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi pembinaan hukum Islam berlatarkan realiti masyarakat setempat. Objektif kajian ini cuba meneliti kearifan tempatan masyarakat Sabah dalam pembentukan gagasan Fiqh Sabahi. Idea menonjolkan kearifan tempatan dalam pembentukan gagasan Fiqh Sabahi sangat penting untuk memastikan keseimbangan di antara idealisme yang terkandung dalam hukum fiqh semasa dengan realiti perlaksanaannya dalam masyarakat. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, kajian berbentuk kualitatif dilaksanakan dengan mengaplikasikan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Hasil kajian mendapati, berlaku transformasi hukum, penentuan hukum baharu dan inovasi hukum ekoran perubahan sosial yang berlaku khususnya yang berkait rapat dengan kearifan tempatan. Berdasarkan dapatan tersebut, idea mengambilkira elemen kearifan tempatan dalam gagasan Fiqh Sabahi perlu dibangunkan sebagai panduan kepada masyarakat Muslim di Sabah agar Fiqh Sabahi yang dibangunkan sejajar dengan tuntutan fiqh semasa. Hasil kajian ini juga boleh disumbangkan dalam merangka dasar keharmonian hubungan antara agama di Sabah selaras dengan konsep Ummah Madani. Justeru itu, kajian ini penting kerana ia boleh digunapakai sebagai satu pendekatan menangani isu fiqh semasa dalam konteks Sabah demi melestarikan masyarakat plural yang harmoni di Malaysia amnya, Sabah khususnya.

Item Type: Article
Keyword: Fiqh Sabahi, Kearifan Tempatan, Transformasi Hukum, Ummah Madani
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 31 Oct 2023 11:51
Last Modified: 31 Oct 2023 11:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37571

Actions (login required)

View Item View Item