Penilaian Produk “Program Ko-kurikulum Berkredit” Menggunakan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk

Crispina Gregory K. Han and Mohammad Azri Amatan and Colonius Atang and Jurry Foo (2023) Penilaian Produk “Program Ko-kurikulum Berkredit” Menggunakan Model Penilaian Konteks, Input, Proses dan Produk. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 8. pp. 631-649. (Submitted)

[img] Text
FULL TEXT.pdf

Download (392kB)
[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)

Abstract

Dasar dan falsafah Pusat Ko-kurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) adalah melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membangunkan ketahanan fizikal, mental dan rohani pelajar, menjana pemikiran kreatif, inovatif, produktif dan proaktif serta menanamkan semangat keyakinan dan cekal menghadapi cabaran. Penilaian Produk ‘Program Ko-kurikulum Berkredit’ di Universiti Malaysia Sabah bertujuan untuk penambahbaikan dan memberi informasi yang tepat untuk pembuat dasar membuat keputusan. Pendekatan Penilaian Produk adalah berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk yang berfokuskan kepada penilaian produk sahaja. Kajian kualitatif menggunakan semakan dokumen dan temubual berstruktur ke atas sembilan informan kajian iaitu pelajar-pelajar yang mengambil kursus ko-kurikulum berkredit. Dapatan kajian menunjukkan hasil pembelajaran kursus-kursus ko-kurikulum berkredit tercapai dengan sebahagian besar pelajar mendapat gred cemerlang berdasarkan semakan dokumen. Kemahiran insaniah yang diperoleh adalah kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi. Impak program kokurikulum kepada informan dapat dilihat dari aspek produk yang dijangkakan dan juga bukan dijangkakan seperti berani untuk berkomunikasi, prosespembelajaran bertambah baik, pengurusan masa bertambah baik, belajar mengurus projek, memperoleh pengetahuan baru, berani untuk memimpin, bertanggungjawab dan bertoleransi. Secara ringkasnya, penawaran program kursus-kursus ko-kurikulum berkredit Universiti Malaysia Sabah wajar untuk dikekalkan dan diteruskan.

Item Type: Article
Keyword: Penilaian Produk, Model KIPP, Ko-kurikulum
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2361-2365 Curriculum
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Nov 2023 10:11
Last Modified: 16 Nov 2023 10:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37574

Actions (login required)

View Item View Item