Pengaruh gaya kepimpinan, motivasi kerja dan komitmen kerja guru besar terhadap prestasi kerja guru sekolah rendah luar bandar di Sabah

Mohd. Azizuan Abdullah @ Jeskil Osindal (2019) Pengaruh gaya kepimpinan, motivasi kerja dan komitmen kerja guru besar terhadap prestasi kerja guru sekolah rendah luar bandar di Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (924kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (22MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh gaya kepimpinan, motivasi kerja dan komitmen kerja guru besar terhadap prestasi kerja guru. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 514 orang guru sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0 dan PLS-SEM 2.0, melibatkan ANOVA Sehala, Korelasi Pearson, Regresi Berganda dan Analisis Laluan (SEM) pada aras signifikan p<.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan gaya kepimpinan guru besar, motivasi kerja guru besar dan komitmen kerja guru besar berdasarkan ciri demografi jantina. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan gaya kepimpinan guru besar berdasarkan ciri demografi akademik. Didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor min gaya kepimpinan guru besar, motivasi kerja guru besar, komitmen kerja guru besar dan prestasi kerja guru berdasarkan ciri demografi pengalaman kerja. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan motivasi kerja guru besar dengan prestasi kerja guru. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan komitmen kerja guru besar dengan prestasi kerja guru. Analisis Regresi Berganda menunjukkan motivasi kerja guru besar memberi pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja guru. Dapatan kajian menunjukkan komitmen kerja guru besar memberi pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja guru. Analisis Laluan menunjukkan terdapat kesesuaian pengukuran model struktur yang dibentuk antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Justeru, aspek-aspek ini perlu diberi perhatian oleh pentadbir dalam usaha meningkatkan prestasi kerja guru, demi kelangsungan kecemerlangan sekolah khususnya di luar bandar.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Guru besar, Prestasi kerja, Sekolah rendah luar bandar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 03 Nov 2023 15:12
Last Modified: 03 Nov 2023 15:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/37584

Actions (login required)

View Item View Item